saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 19/04/2010

Perihal pelajar dengan ustazahnya di sekolah

SAYA merupakan seorang pelajar di sebuah sekolah milik kerajaan di Selangor.

Saya ingin bercerita tentang seorang ustazah di sekolah saya yang tidak habis-habis bercerita fasal politik.

Pernah suatu hari kami belajar tentang dosa-dosa besar, antaranya ialah zina, khalwat, maksiat dan hukumnya rejam sampai mati.

Kemudian dia kata, "mengapa kerajaan tidak buat hukuman ini? Sebab kalau dia buat dia kena dulu, orang macam dia memang selalu main perempuan..."

Kemudian dia mempersoalkan macam mana pemimpin itu mempunyai wang yang besar dan mencerca para pemimpin UMNO.

Mengucap saya dalam kelas mendengar ustazah ini menuduh macam orang kena rasuk.

Kemudian dia mengharamkan segala duit cukai yang kerajaan ambil dari dia sebab duit itu semua masuk perut Perdana Menteri, tidak cukup lagi dengan 'cerita hantu' dia yang memang hangat dia marah pula kenapa keluarga dia di Kelantan tidak mendapat peruntukan masa banjir tapi orang lain dapat.

Persoalannya kenapa dia tak tanya Nik Aziz?

Begitulah selesainya belajar bab maksiat, zina, khalwat dengan ustazah itu pada hari tersebut.

Keesokan harinya belajar fasal liwat, tiba-tiba ada seorang rakan sekelas saya terlepas sebut kes liwat itu membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Amboi, tahu pula marah ustazah itu apabila kita kaitkan pemimpin itu dengan liwat.

Kemudian dia cakap, "kamu jangan menuduh orang, besar dosa tuduh orang."

Ustazah itu menuduh orang lain tidak fikir pula?

Saya tahu semua yang dia cakap fasal pemimpin negara itu auta saja.

PELAJAR SELANGOR

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.