saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/04/2010

ATM hantar pasukan perubatan ke Afghanistan


AHMAD Zahid Hamidi tertarik melihat model kapal selam Scorpene sambil diperhatikan oleh Penasihat DCNS, Pierre Dubois (kanan) pada pembukaan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2010 di PWTC, semalam.


KUALA LUMPUR 19 April - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menghantar satu pasukan perubatan seramai 10 orang ke Afghanistan sebelum dan selepas pasukan pengaman Amerika Syarikat (AS) berundur dari negara itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan yang telah dipersetujui secara dasarnya itu memperlihatkan komitmen Malaysia bagi pencapaian situasi damai di Afghanistan.

Katanya, perincian mengenai penghantaran itu akan diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekembalinya beliau dari lawatan ke Jepun nanti.

"Selepas itu, saya akan melakukan susulan kepada cadangan penghantaran tersebut sewaktu melakukan lawatan ke Washington (AS) pada bulan depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat Setiausaha Pertahanan (Dasar) AS, Michele Flournoy sempena Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2010 (DSA 2010) di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Jika cadangan tersebut menjadi kenyataan, ia bakal mencatatkan sejarah penyertaan ATM di negara bergolak itu secara rasmi.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid memberitahu, kerajaan telah memutuskan untuk memperoleh beberapa helikopter EC725 bagi menggantikan pesawat Nuri.

Namun katanya, jadual pembayaran bagi pembelian itu hanya akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

"Pada saya tiada masalah dari segi pakej kewangan yang ditawarkan mereka dan kemampuan pembayaran oleh Malaysia.

"Bagaimanapun, keputusan muktamad akan dibuat pada mesyuarat Kabinet nanti," jelasnya.

Sementara itu katanya, keadaan berdebu di Eropah akibat daripada letusan gunung berapi di Iceland tidak menjejaskan langsung perjalanan DSA kali ini.

Katanya, hanya tiga syarikat pempamer luar yang masih belum tiba ke ruang pameran masing-masing di PWTC ekoran keadaan tersebut.

"Selain itu, terdapat dua menteri pertahanan luar yang tak sempat hadir kerana cuaca dan penjadualan semula iaitu Menteri Pertahanan Perancis dan Poland sementara yang lain-lain (tetap) datang," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.