saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 21/04/2010

Peluang berkuda di kampus


Orang ramai kini berpeluang menunggang kuda di Pusat Ekuestrian Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada waktu malam.


JOHOR BAHRU 20 April - Pernahkah anda menunggang kuda pada waktu malam?

Sekiranya belum pernah, impian anda boleh terlaksana di Pusat Ekuestrian Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini.

Pegawai Penyelarasan Pusat Ekuestrian UTM, Noor Azam Samsudin, 34, berkata, aktiviti menunggang kuda pada waktu malam atau night horse trail itu telah diadakan sejak setahun lalu namun tidak ramai mengetahui mengenainya.

"Ramai yang ingat pusat ekuestrian di sini khas untuk ahli sahaja, sebenarnya ia dibuka untuk orang awam juga. Bagi yang tidak biasa menunggang kuda, kami ada sediakan jurulatih untuk membantu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, bagi yang mahir menunggang kuda tanpa pengawasan jurulatih, bayaran RM50 dikenakan untuk tempoh 40 minit di kawasan sekitar UTM.

Sementara itu, bagi yang pertama kali menunggang (funride), bayaran RM5 dikenakan untuk dua kali pusingan di kawasan yang ditetapkan.

"Bagi yang sudah biasa dengan kuda, mereka boleh menunggang di kawasan sekitar dengan syarat siap berpakaian lengkap. Untuk yang tidak biasa, mereka menunggang dalam satu kawasan sahaja," katanya.

Menurut Noor Azam, tempahan untuk menunggang kuda pada waktu malam boleh dibuat dalam tempoh 48 jam sebelum aktiviti.

Katanya, setiap peserta yang ingin menunggang kuda persendirian di pusat tersebut perlu mengisi borang terlebih dahulu kerana pihak pengurusan takut berlaku perkara yang tidak diingini.

"Menunggang kuda pada waktu malam di kawasan sekitar UTM tidak beroperasi pada Jumaat sahaja. Pada hari lain, kuda-kuda tersebut boleh diguna," katanya yang boleh dihubungi menerusi talian 017-7376024 untuk tempahan menunggang kuda.

Selain menyediakan perkhidmatan menunggang di kawasan kampus, Pusat Ekuestrian UTM turut menyediakan kuda untuk acara seperti perkahwinan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.