saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 21/04/2010

Berbaik bukan bermakna melutut kepada Amerika Syarikat


Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor merakam gambar kenangan bersama para pelajar selepas majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Pelajar Malaysia di Tokyo, semalam. Turut hadir Rais Yatim dan Masnah Rais serta Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM) Datuk Dr. Rosli Mat Hassan. - Bernama


TOKYO 20 April - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tindakan beliau berbaik-baik dengan pentadbiran Presiden Barrack Obama bukan bermakna Malaysia melutut kepada Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri menjelaskan, ada pihak telah menyebarkan fitnah mengatakan Malaysia melutut kepada AS semata-mata kerana mereka tidak senang melihat beliau mengadakan mesyuarat dua hala dengan Obama sempena Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington, AS baru-baru ini.

"Tidak pernah terlintas dan takkan melutut pada sesiapa sebab kita ada pendirian dan prinsip yang tersendiri.

"Ini perbuatan orang tidak beretika apabila memutar-belitkan fakta untuk kelirukan rakyat," ujar beliau semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Pelajar Malaysia di sini malam ini.

Majlis yang dihadiri lebih 300 pelajar Malaysia itu adalah acara penutup lawatan rasmi pertama beliau selaku Perdana Menteri ke Jepun yang bermula pada Ahad lalu.

Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas pulang ke tanah air malam ini.

Tanpa mengulas lanjut identiti pihak yang menyebarkan fitnah itu, Najib berkata, perbuatan tersebut mungkin ada kaitan dengan kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Kalau nak berpolitik, jangan tuduh sesuatu yang tak ada asas.

"Ini adalah tanda 'gutter politics' (sanggup berbuat apa sahaja)," tegasnya dengan menambah, tindak-tanduk sebegini mendorong beliau bekerja lebih kuat untuk memperbetulkan keadaan.

Beliau memberitahu, pendekatan beliau adalah untuk berhubung rapat dengan para pemimpin dunia kerana dengan cara itu, Malaysia senang menegur atau mengkritik secara berhemah dan mungkin ia akan diterima dengan lebih mudah oleh pihak berkenaan.

"Apabila pemimpin dunia ada peluang mendengar terus daripada saya, mereka lebih faham keadaan sebenar. - Utusan

"Inilah cara kita bangunkan negara dengan tunjukkan perkara-perkara yang baik, imej positif serta hala tuju yang jelas supaya orang faham dan lebih menghormati kita," katanya.

Atas dasar itu, beliau berpendapat, pertemuan dengan Obama itu sepatutnya dilihat sebagai satu pengiktirafan besar terhadap kejayaan Malaysia.

"Kalau kita tidak berjaya dan tidak dihormati dalam komuniti global, saya tak fikir Obama akan luangkan masa untuk mesyuarat bilateral, malah mungkin kita tidak diundang sama sekali," jelasnya.

Disebabkan reputasi Malaysia itu juga, Najib percaya Jepun sangat gembira dengan kehadiran beliau sehingga kunjungan pertamanya ini sudah diiktiraf menyamai status lawatan negara.

Dalam ucapan yang sama, Najib turut menyatakan tujuan beliau memendekkan lawatannya ke Jepun adalah untuk pulang berkempen di Hulu Selangor.

"Saya ambil keputusan balik malam ini juga, malam esok saya akan turun padang (Hulu Selangor)," kata beliau yang mengikut jadual asal akan pulang pagi esok.

Pada sidang akhbar selepas itu, Najib ketika ditanya mengenai peluang Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor sekadar berkata:

"Itu saya tak perlu ulas. Kita akan kerja kuat."

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.