saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 21/04/2010

Jaga makan, tidur, keharmonian resipi kejayaan Thara Nur Atiqah

JOHOR BAHRU 20 April - Mengamalkan pemakanan sihat, cukup tidur dan menjaga keharmonian sesama insan merupakan petua yang menjadi pegangan Thara Nur Atiqah Abdul Khaled, 18.

Amalan tersebut akhirnya berjaya membuatkan beliau dinobatkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 peringkat Sekolah Tun Fatimah (STF), di sini kelmarin.

Anak ketiga daripada lima beradik itu bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah kini sedang menjalani latihan mewakili Melaka untuk Sukan Malaysia (Sukma) dalam sukan golf.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Ashah Samah pada Majlis Anugerah Tun Fatimah 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, kelmarin.

Thara Nur Atiqah ketika ditemui selepas majlis berkenaan melahirkan rasa gembira apabila terpilih untuk menerima penghargaan tersebut.

"Saya sangat gembira apatah lagi ia antara detik-detik terbaik yang saya kecapi sepanjang belajar di Sekolah Tun Fatimah.

"Namun, kejayaan yang saya kecapi bukanlah usaha saya seorang malah ia bantuan keluarga, guru dan rakan-rakan," katanya.

Beliau merupakan antara 235 pelajar tingkatan tiga dan lima sekolah berkenaan yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan SPM 2009.

Tambahnya, disiplin dan hormat menghormati adalah perkara asas kepada sesuatu kejayaan selain tekun mengulangkaji pelajaran dan menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas.

Sementara itu, bapanya, Abdul Khaled Yunus, 47, berkata, dia dan isteri telah mendidik kelima-lima anak mereka supaya menjadikan pelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan.

Katanya, dia juga tidak membenarkan anak-anaknya menonton televisyen pada hari persekolahan namun pada Sabtu dan Ahad mereka dibenarkan untuk berbuat demikian.

"Alhamdulillah anak-anak kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengikut peraturan yang kami tetapkan. Ini adalah demi kebaikan mereka. Kami mahu mereka berjaya," katanya.

Kebebasan bersuara, menurutnya turut diterapkan di dalam diri anak-anaknya.

Malah selepas makan tengah hari atau malam, mereka sekeluarga akan mengadakan 'mesyuarat' untuk berbincang mengenai sesuatu isu atau apabila timbul sesuatu masalah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.