saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 22/04/2010

Kadar indeks jenayah turun

SUBANG 21 April - Kadar indeks jenayah bagi tiga bulan pertama tahun ini mencatatkan penurunan terutama di empat negeri yang menjadi sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan peratus penurunan yang dicatatkan tetapi menegaskan di Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, kadar jenayah merosot dengan banyak.

''Berdasarkan penurunan kadar jenayah di empat negeri tersebut membabitkan 50 kawasan panas, indeks jenayah dapat diturunkan dengan banyak hasil beberapa tindakan yang dilaksanakan.

''Saya tidak dapat mengumumkan peratus penurunan indeks jenayah terutama indeks jenayah jalanan kerana belum dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Pengerusi NKRA bagi pengurangan jenayah peringkat kebangsaan,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Komitmen Kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri dengan 36 syarikat milik kerajaan (GLC), pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun dan syarikat swasta di sini hari ini.

Bentuk kerjasama dan sumbangan dipersetujui dan dikenal pasti adalah penajaan balai polis bergerak, pondok polis, peluasan liputan kamera litar tertutup (CCTV), peluasan kawasan penugasan dan rondaan polis bantuan di luar premis masing-masing.

NKRA pengurangan kadar jenayah antara lain menyasarkan pengurangan sebanyak 20 peratus dalam jenayah jalanan yang dilapor menjelang Disember 2010 terutama di 50 kawasan panas di empat buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Johor, Selangor dan Pulau Pinang.

Suku akhir 2009 juga mencatatkan kadar penurunan indeks jenayah dengan pengurangan 13 peratus dan 7.6 peratus bagi indeks jenayah jalanan.

Hishammuddin memberitahu, melalui kerjasama yang dimeterai hari ini, pihak terlibat juga bersetuju memperluaskan penugasan 440 anggota polis bantuan masing-masing di kawasan tertentu bagi mengurangkan jenayah.

Ditanya mengenai kewujudan pos-pos kawalan keselamatan di kawasan perumahan, beliau memberitahu, pada dasarnya penubuhan pos kawalan itu tidak mengikut peruntukan undang-undang negara.

''Pada masa ini pos-pos kawalan di kawasan perumahan itu tidak sah tetapi kerajaan sedang berunding dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mewujudkan undang-undang bagi membolehkan ia dilaksanakan secara sah.

''Pada masa ini rundingan sedang dijalankan dan kementerian berharap ia akan dapat diselesaikan segera bagi membolehkan pos-pos pengawal ini beroperasi secara sah,'' katanya.

Mengenai siasatan ke atas bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang dikatakan menghina institusi raja-raja Melayu, Hishammuddin menjelaskan ia sedang dijalankan melibatkan tiga kementerian.

Katanya, siasatan dijalankan oleh kementeriannya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

''Saya juga ingin menegaskan bahawa kes menghina raja-raja Melayu ini banyak dan semuanya sedang disiasat oleh kerajaan bagi memastikan keadilan ditegakkan dan tidak ada sesiapa yang dianiayai,'' katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.