saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 22/04/2010

Calon BN cium tangan pemimpin bukti tahu budaya Melayu

22/04/2010 5:01pm

HULU SELANGOR 22 April Tindakan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan yang mencium tangan para pemimpin UMNO ketika bersalaman menunjukkan bahawa beliau tahu adat resam, budaya dan budi bahasa masyarakat Melayu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, helah pembangkang yang sanggup memutarbelitkan fakta tersebut dan mengatakan bahawa tindakan Kamalanathan itu menunjukkan bahawa MIC tunduk kepada UMNO, menunjukkan bahawa pembangkang sudah kehabisan modal.

"Tiada bahan, tiada modal lagi ke, perkara yang baik dijadikan tidak baik, sebab itu saya labelkan pembangkang ini raja putar alam, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, jika hendak dibandingkan Kamalanathan dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim, Ketua Penerangan MIC itu jauh lebih baik daripada segi budi bahasa.

"Saya tak suruh dia cium tangan saya, tetapi beliau berbuat begitu mungkin kerana dia sudah faham, bagi saya calon ini amat merendah diri, tidak meninggi hidung, hormati semua pemimpin.

"Kalau dia beri salam pada pihak lain, bertemu dengan orang lain sama ada cium tangan atau tidak, itu tiada apa, mungkin itu adat Melayu yang biasa. Adat lain mungkin tak biasa, bagi saya itu bukan kerana kehendak kita tetapi menjadi satu kebiasaan yang beliau hormati orang tua, katanya. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.