saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 23/04/2010

Kota Tinggi kaya khazanah sejarah

KOTA TINGGI 22 April - Nama Kota Tinggi mungkin lebih diingati oleh rakyat negara ini berikutan banjir besar yang hampir menenggelamkan bandar itu menerusi gelombang pertama dan kedua pada akhir 2007.

Padahal dari segi rasional, Kota Tinggi sepatutnya perlu lebih dikenang dari segi sejarahnya, ia menjadi khazanah pada pemerintahan Kesultanan Melayu Johor satu ketika dahulu.

Menyebut nama Kota Tinggi sahaja, ia sudah cukup menggambarkan sebuah kota yang terletak di kawasan tinggi iaitu faktor yang sering diutamakan oleh mana-mana kerajaan lampau untuk dijadikan pusat pentadbiran.

Kedudukannya yang lebih tinggi dari aras sungai dan struktur muka bumi tanah dipercayai mendorong Sultan Abdul Jalil Shah III (Sultan Johor kelapan) memberi nama kawasan tersebut sebagai Kota Tinggi.

Jika anda pernah mengunjungi Kota Tinggi hari ini, bandarnya terletak di muara Sungai Johor dan dikelilingi perkampungan Melayu tradisional dan masih terdapat penempatan Orang Asli.

Selain itu, daerah itu turut memiliki kawasan rancangan tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) sekali gus menjadikan Kota Tinggi sebagai lokasi yang strategik.

Menyelak catatan sejarah, Kurakator Muzium Kota Tinggi, Mohd. Azlan Hafiz Mohti berkata, pemerintahan Kesultanan Melayu Johor bermula di Kota Tinggi dan sehingga kini masih terdapat peninggalan sejarah seperti benteng pertahanan Kota Johor Lama akibat peperangan Johor-Portugis-Belanda.

Beliau berkata, peninggalan sejarah lain adalah Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang iaitu sultan terakhir bagi Kesultanan Melaka, Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan Makam Tauhid yang terletak di Kampung Makam serta Makam Laksamana Bentan di Kampung Kelantan.

"Artifak serta kesan sejarah Kesultanan Johor-Riau juga dapat dilihat di Muzium Kota Tinggi yang beroperasi sejak 2001.

"Kami menyediakan pelbagai maklumat serta arah tuju kepada pelancong sekiranya mereka berhasrat mengetahui dan melawat tempat-tempat bersejarah di daerah itu," katanya yang ditemui pada Program Mengenali Arkeologi Sungai Johor di sini baru-baru ini.

Mohd. Azlan Hafiz berkata, Muzium Kota Tinggi merupakan institusi yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dalam bentuk memperoleh, memulihara dan mengkaji selidik berhubung sejarah warisan negeri dengan mempamerkan bukti material manusia dan persekitarannya bagi tujuan kajian dan pendidikan.

Jelas beliau, muzium itu berperanan khusus menjadi gedung ilmu pengetahuan yang menjalankan pelbagai fungsi seperti mempamer dan menerbit segala khazanah warisan sejarah dan budaya yang terdapat di lembah Sungai Johor iaitu pusat kegemilangan Kerajaan Johor Lama.

"Walaupun Kota Tinggi menyimpan nilai khazanah sejarah tinggi, banyak perubahan dibawa ke kawasan dari segi pembangunan ekonomi sepanjang kemerdekaan negara melebihi 50 tahun.

"Seharusnya, kelebihan ini memberi nilai tinggi kepada Kota Tinggi terutama dalam sektor pelancongan sejajar gelarannya bandar pelancongan bersejarah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.