saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 23/04/2010

Dodgeball semakin popular


Setiap pasukan akan dianggotai enam pemain yang akan cuba mengelak daripada terkena balingan bola pihak lawan.


MELAKA 22 April – Jika dibandingkan dengan paintball dan futsal, sukan dodgeball masih baru di negara ini dan sebab itu masih ramai yang tidak mengetahui mengenai sukan berkenaan.

Dodgeball sebenarnya adalah satu jenis permainan yang dimainkan secara berpasukan yang memerlukan strategi, kecergasan fizikal dan semangat berpasukan.

Bagaimanapun permainan ini masih belum mendapat tempat di hati peminat sukan tempatan walaupun ia sudah diperkenalkan beberapa pihak.

Di negara luar seperti Amerika Syarikat dan Kanada, dodgeball dijadikan sebagai aktiviti bagi meningkatkan tahap kecergasan diri dan ia cukup popular di kalangan penuntut universiti negara tersebut.

Justeru, Kementerian Belia dan Sukan mula mempopularkan dodgeball dengan membuat promosi dan memperkenalkan sukan tersebut di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Tidak dinafikan dodgeball adalah sukan baru, namun ia dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan mahasiswa.

Di Melaka khususnya, sukan dodgeball masih terlalu baru dan kurang diberi perhatian, namun usaha beberapa pihak untuk memperkenalkan sukan tersebut di kalangan belia membuktikan ia semakin mendapat sambutan apabila ia dimainkan di kampung-kampung dan taman perumahan.

Dodgeball sebenarnya adalah satu permainan yang sangat mudah sekiranya kita mengetahui tekniknya.

Ia juga merupakan satu permainan kompetitif berpasukan yang mampu menarik penglibatan lelaki dan wanita daripada setiap lapisan usia.

Sukan dodgeball memerlukan enam orang pemain bagi satu pasukan dan setiap perlawanan hanya disertai dua pasukan dengan jumlah keseluruhan pemain adalah 12 orang di dalam sebuah gelanggang.

Setiap perlawanan akan diadili seramai tiga orang juri yang akan menjaga garisan tengah dan bahagian belakang kedua pasukan bagi mengelakkan daripada berlakunya penipuan dalam perlawanan.

Cara permainan amat mudah, hanya memerlukan pemain membaling bola khas diperbuat daripada getah lembut kepada pihak lawan.

Apabila wisel ditiup oleh juri bahagian tengah, tiga orang wakil setiap pasukan akan berlari ke garisan tengah bagi mendapatkan bola untuk dibalingkan ke pihak lawan.

Pemain di barisan belakang perlu mengelak balingan pihak lawan dan cuba kembali ‘mematikan’ pihak lawan dengan lontaran bola iaitu sebanyak enam biji bola.

Strategi pandai ‘mencelah’ dan mengelak penting bagi terkena balingan bola pihak lawan atau jika bola tersebut terkena tubuh badan, maka pemain tersebut perlu berundur dan keluar gelanggang.

Namun begitu, perlawanan tersebut tidak berakhir selagi masih ada pemain di kedua-dua belah pihak.

Perlawanan yang boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan ini diteruskan lagi dan ketika jumlah pemain semakin berkurangan, pemain terakhir perlu memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan rakan-rakan sepasukan yang sudah ‘mati’.

Dengan cubaan menangkap balingan bola yang dilontarkan pihak lawan tanpa bola tersebut jatuh ke tanah atau gelanggang, ini bermakna seorang pemain yang tersingkir pada permulaan perlawanan dapat masuk semula bagi meneruskan perjuangan.

Menariknya, setiap pasukan yang terlibat dalam sesebuah perlawanan yang berlangsung akan membawa pasukan sorak.

Tugas pasukan sorak tersebut adalah bagi menaikkan semangat pasukan dalam perlawanan tersebut. Sorakan kuat mereka ini turut mempengaruhi markah juri.

Tidak cukup dengan sorakan, salah seorang penyokong kuat daripada kedua-dua pasukan sokongan berperanan untuk mengulas secara langsung sepanjang perlawanan diadakan manakala penulis akan melaporkan permainan yang disertai pasukannya di dalam sebuah blog disediakan penganjur.

Penyelaras sukan dodgeball negeri, Mohd. Nasir Adli Zainuddin berkata, sukan dodgeball kini semakin mendapat perhatian daripada para belia yang menjadikan sukan ini sebagai aktiviti riadah mereka seperti paintball dan futsal.

Menurut beliau, menariknya sukan ini apabila ia dikaitkan seperti permainan rakyat kanak-kanak zaman dahulu iaitu bola beracun atau bola chap.

‘‘Jika disebut dodgeball, belia-belia ini pasti tidak tahu apakah permainan itu kerana ia sememangnya popular di Kanada tetapi apabila menyaksikannya, mereka sudah tahu cara permainan ini.

‘‘Selepas diperkenalkan, sukan dodgeball ini semakin mendapat perhatian umum daripada golongan belia seperti di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau, sukan dodgeball digemari bukan sahaja cara permainannya yang mudah, tetapi boleh dimainkan di mana-mana kawasan luas dan juga gelanggang pelbagai guna.

‘‘Tidak perlu menyewa kawasan sebesar padang bola sepak, tetapi permainan ini boleh dimainkan di mana-mana kawasan seperti gelanggang futsal.

‘‘Selain itu, keperluan asas sukan ini adalah enam biji bola, peraturan dan garisan yang telah ditetapkan,” katanya.

Mohd. Nasir berkata, elemen paling penting dalam permainan ini ialah sifat jujur di mana peserta sendiri perlu mengakui kesalahan selepas bola yang dibaling terkena pada badannya.

‘‘Jika ada peserta yang tidak jujur, pengadil yang dikhaskan memantau permainan untuk membuat keputusan sama ada mengeluarkan peserta tersebut atau tidak.

‘‘Apa yang penting bukti mesti jelas baru boleh keluarkan peserta itu,’’ katanya yang juga merupakan jurulatih bagi Kawasan Rukun Tetangga Seri Duyong.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.