saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 24/04/2010

Galapagos hantar album ke rumah

PULAU PINANG 23 April - Pelbagai cara dilakukan oleh artis di negara ini untuk mempromosikan album mereka.

Bagi kumpulan muzik Galapagos, mereka menyediakan khidmat penghantaran ke rumah secara percuma kepada pembeli dari negeri ini yang menempah album sulung mereka.

Menurut ketua kumpulan tersebut, Omar Md. Hashim, khidmat tersebut merupakan antara usaha kumpulannya menghargai sokongan pembeli khususnya peminat mereka.

"Kami akan hantar sampai ke tangga rumah pembeli di seluruh Pulau Pinang yang menempah album sulung kami ini.

"Khidmat ini adalah percuma," katanya ketika ditemui di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kumpulan Galapagos yang ditubuhkan pada 2008 terdiri daripada tiga penyanyi serta pemuzik iaitu Yassier Yusoff, Rosely Abdullah dan Omar sendiri.

Mereka sering diundang pada majlis membuat persembahan korporat di seluruh Pulau Pinang .

Album sulung mereka bertajuk Santai Lawak mengandungi 12 lagu pelbagai rentak termasuk boria dan sketsa lawak jenaka.

Omar yang juga lebih dikenali sebagai Omara memberitahu, album mereka telah berada di pasaran sejak dua minggu lalu pada harga RM12.90.

Mereka yang berminat untuk menempah album kumpulan Galapagos ini boleh menghubungi Omara di talian 013-4220091.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.