saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 25/04/2010

JAIS tempelak Nik Aziz Sultan Selangor

SHAH ALAM 24 April - Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi hari ini menempelak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran kenyataannya yang mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung penyalahgunaan masjid untuk tujuan politik.

Beliau berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak wajar kerana negeri ini mempunyai enakmen yang melarang penggunaan institusi Islam untuk tujuan politik bagi mengelak disalah guna sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam.

Jelasnya, sebagai seorang Menteri Besar, Nik Abdul Aziz sepatutnya lebih arif dalam soal berkenaan terutamanya dari segi bidang kuasa perundangan Islam yang diletakkan di bawah pentadbiran mengikut negeri masing-masing.

Bidang kuasa itu katanya, turut melibatkan kedudukan Ketua Agama Islam Negeri yang diketuai oleh Sultan dan Raja mengikut negeri masing-masing termasuklah di Kelantan sendiri.

"Dia (Nik Abdul Aziz) perlu faham bahawa di Selangor ini, kita ada enakmen yang melarang pengunaan masjid dan surau untuk tujuan politik. Kalau di Kelantan, terpulanglah kepada dia untuk berbuat demikian (gunakan masjid dan surau untuk berpolitik).

"Akan tetapi kalau di Selangor, dia kena patuhi undang-undang di negeri ini serta menghormati titah Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Mohammed Khusrin, mana-mana pihak menghina kuasa yang sah, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah dan arahan Sultan selaku Ketua Agama Islam, MAIS dan mufti adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Semalam, Nik Abdul Aziz dilihat mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk berkempen apabila menyatakan perbuatan berkenaan tidak salah dilakukan.

Menurut Mursyidul Am Pas itu, perbuatan menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW pada masa lalu.

Tidak cukup dengan itu, Menteri Besar Kelantan itu juga turut menyifatkan larangan pengunaan masjid untuk politik adalah satu ajaran karut yang ditinggalkan penjajah Inggeris dan digunakan oleh Muslim pada hari ini.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai tindakan Exco kerajaan negeri, Datuk Dr. Hassan Ali dikatakan membaca khutbah berbaur politik ketika solat Jumaat di Masjid As-Salam, Bukit Sentosa, Hulu Selangor semalam, Mohammed Khusrin berkata, pihaknya tidak menerima laporan mengenai perkara berkenaan.

Sebaliknya, beliau hanya mengesahkan bahawa JAIS hanya membenarkan Hassan untuk membaca khutbah di masjid berkenaan dan bukannya mengesahkan bahawa Exco itu menyebarkan khutbah politik seperti yang dilaporkan oleh media pada hari ini.

"Saya cuma sahkan laporan bahawa Hasan menyampaikan khutbah di masjid itu. JAIS benarkan memandangkan beliau juga adalah Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam.

"Malah, berdasarkan laporan daripada pegawai JAIS yang kita tempatkan untuk memantau di Hulu Selangor, kita dapati tiada sebarang elemen politik dilaporkan dalam khutbah itu termasuklah tidak membaca selawat ke atas Nabi Muhammad yang juga rukun khutbah," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.