saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 25/04/2010

Pembangkang cenderung pada anarki

KUALA LUMPUR 24 April - Pemimpin pembangkang akan terus mempermainkan undang-undang negara kerana mereka cenderung bertindak secara anarki iaitu menimbulkan kacau-bilau termasuk menggunakan masjid dan surau sebagai tempat untuk berkempen.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling mendakwa, pihak pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup mencetuskan huru-hara sekiranya tindakan mereka dipertikaikan daripada segi perundangan.

Menurutnya, keadaan itu dapat dibuktikan dengan berlakunya kekecohan pada setiap pilihan raya sebelum ini.

"Sehubungan itu tindakan pembangkang yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan negara perlu diberi perhatian serius.,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pemimpin pembangkang yang mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak menggunakan masjid dan surau untuk kempen politik.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan mempertikaikan titah Sultan Selangor itu dengan menyifatkan larangan tersebut sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.

Seorang lagi penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan pula berkata, beliau berpendapat Nik Abdul Aziz perlu menghormati dan akur dengan titah Sultan Selangor.

Katanya, Mursyidul Am Pas itu perlu mengetahui bidang kuasa perundangan Islam bagi negeri Melayu yang memperuntukkan Sultan sebagai ketua agama bagi negeri yang diperintah.

"Sebagai Menteri Besar negeri Kelantan, beliau perlu mengetahui bahawa bidang kuasanya hanya terhad di negeri itu,'' katanya.

Mengenai tindakan menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik, beliau berkata, perkara itu masih boleh diperdebatkan oleh ulama-ulama Malaysia sama ada boleh dilaksanakan atau tidak.

"Bagaimanapun keputusan yang dibuat oleh Sultan adalah muktamad bagi negeri yang diperintah,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.