saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/04/2010

Kempen penjagaan kesihatan di sekolah

KUALA LUMPUR 24 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Persatuan Fisioterapi Malaysia (MFA) bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran bagi mempromosikan kempen kesedaran penjagaan kesihatan di semua sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, penglibatan secara langsung MFA akan menjadi landasan berkesan mendidik pelajar peringkat akar umbi termasuk ibu bapa mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurut beliau, skop lain yang turut boleh disumbangkan oleh pengamal fisioterapi adalah dengan mengadakan kempen imbasan kesihatan otot dan tulang untuk penduduk negara ini.

Katanya, ia bukan hanya terhad kepada mereka yang sakit sahaja tetapi turut meliputi individu yang dikategorikan sebagai sihat.

"Sebagaimana kita sedia maklum, kelemahan dan kesakitan anggota badan akan mula dirasai apabila mencapai usia 40 tahun.

"Seorang ahli fisioterapi yang berpengalaman dan bagus dapat mengenal pasti simptom ini dan mampu mengatasinya lebih awal," katanya semasa melancarkan Persidangan Kebangsaan MFA ke-47 di sini hari ini.

Muhyiddin turut melancarkan Kempen Fisio 2010 1Malaysia - Laburkan Masa Demi Kesihatan Anda 30 Minit Sehari anjuran MFA.

Hadir sama, Presiden MFA, Dr. Balwant Singh Bains; Presiden Persatuan Fisioterapi Singapura, Dr. Celia Tan dan Pengarah Bahagian Kesihatan Umum Kementerian Kesihatan, Tan Yoke Hwa.

Tambah Muhyiddin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan, setiap masa akan ada kira-kira 1.5 peratus penduduk dunia memerlukan atau terpaksa menjalani rawatan pemulihan kesihatan.

Dalam hal ini, beliau berkata, para fisioterapi memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluan global rawatan pemulihan ini memandangkan mereka adalah sebahagian komponen penting dalam segmen kesihatan umum bagi merawat penyakit seperti strok dan tulang belakang.

"Dengan kepakaran MFA, saya percaya akan dapat meningkatkan kualiti hidup para pesakit berkenaan dan memberi semangat baru kepada mereka untuk pulih seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara," katanya.

Jelas Muhyiddin, kesedaran masyarakat pada masa ini juga semakin meningkat terhadap keperluan fisioterapi.

Katanya, meskipun para doktor mungkin terlepas pandang masalah mereka, tetapi orang ramai dengan inisiatif sendiri akan berusaha mendapatkan perkhidmatan rawatan pakar fisioterapi.

"Oleh itu, kesanggupan MFA mengendalikan kempen kesedaran di seluruh negara merupakan satu usaha yang wajar diberikan penghargaan.

"Kerajaan pada masa sama akan memberikan sokongan penuh kerana ia akan membantu rakyat memilih langkah penuh bijaksana untuk kekal sihat dan cergas,'' katanya.

Menurut beliau lagi, kerajaan juga amat menggalakkan para ahli MFA terus giat menjalankan kajian dan penyelidikan serta penerbitan mengenai pelbagai aspek fisioterapi di negara ini.

"Ia bukan sahaja akan memanfaatkan orang ramai tetapi turut meningkatkan lagi status profesionalisme persatuan,'' tegas beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.