saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 27/04/2010

TBS kurangkan kesesakan di pusat bandar raya - Tee Keat


TBS di Bandar Tasik Selatan yang akan dibuka mulai November depan akan menyediakan 100 petak letak bas terbuka, 150 petak letak teksi dan 1,000 petak kenderaan awam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 26 April - Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, yang dijangka siap November ini, bakal menjadi hab operasi bas ekspres ke negeri-negeri Selatan dalam usaha mengalihkan kesesakan dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, berdasarkan rekod, pergerakan bas ekspres arah Selatan boleh mencecah 550 pelepasan dan ketibaan sehari dan kadangkala melebihi 170 pergerakan pada waktu puncak.

"Ini merupakan salah satu projek inisiatif dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan kesesakan di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur menjelang 2012," katanya semasa mengadakan lawatan ke tapak pembinaan TBS tersebut, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kementerian Pengangkutan (Bahagian Perancangan), Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Abu Sahid Mohamed.

TBS dibina oleh Maju Holdings di atas keluasan tanah 20 hektar dengan kos RM570 juta.

Pada masa sama, Tee Keat menjelaskan, TBS berada di lokasi strategik yang menjadi hab pengangkutan awam yang menggabungkan perkhidmatan bas, Transit Aliran Ringan (LRT), Express Rail Link (ERL) dan Komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB).

"Ini memudahkan serta menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

"Ia selaras dengan sasaran NKRA bagi meningkatkan kadar penggunaan pengangkutan awam kepada 25 peratus. Ketika ini, kadar penggunaannya masih 16 peratus," jelas Tee Keat.

Tambah beliau, terminal yang turut disambungkan dengan Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Jalan Lingkaran Tengah Dua (JLT2) itu akan melicinkan operasi bas serta tidak menyebabkan kesesakan di kawasan tersebut.

"TBS dilengkapi dengan 100 petak ruang menunggu, 21 petak pelepasan dan 18 petak ketibaan selain berupaya menampung 130 pelepasan dan ketibaan dalam tempoh sejam.

"Ia turut menyediakan 16 platform kepada bas antara bandar, 100 petak letak bas terbuka, 150 petak letak teksi dan 1,000 petak kenderaan orang awam," ujarnya lagi.

Menurut Tee Keat, kementerian turut menjemput persatuan orang kurang upaya (OKU) bagi mendapatkan maklum balas mengenai kelengkapan kemudahan kepada OKU di terminal tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.