saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 27/04/2010

Istilah 'besar dan panjang' jadi bahan lawak

KUANTAN 26 April - Istilah 'besar dan panjang' menjadi bahan lawak di kalangan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersidang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.

Istilah itu dibangkitkan oleh Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak (BN-Tahan) yang bangun mempersoalkan mengapa jalan raya di Lipis lebih kecil berbanding Jerantut yang lebar dan besar.

''Saya dapati jalan raya di Lipis kecil tetapi apabila memasuki daerah Jerantut, jadi besar pula.

''Saya tidak kisah dari segi panjangnya tetapi apa yang menghairankan mengapa jalan raya di Lipis kecil dan di Jerantut, besar," katanya ketika mengemukakan soalan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak pada sidang dewan itu.

Soalan itu menyebabkan beberapa ADUN ketawa kecil termasuk Yang Dipertua, Datuk Wan Mohamad Razali Wan Mahussin dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Ketika menjawab soalan itu, Mohd. Soffi menyedari perkara itu dan sedang berusaha melebar jalan di daerah Lipis.

''Kita memang telah melebar dan membesarkan jalan di daerah Jerantut. Kita tidak akan panjangkan jalan itu. Akan tiba masanya penduduk Lipis menikmati jalan raya yang lebih lebar dan besar," jelasnya.

Bagi tujuan itu, Mohd. Soffi memberitahu, pihaknya sedang memohon peruntukan sebanyak RM118 juta daripada Kerajaan Pusat untuk menaik taraf jalan raya di seluruh negeri ini pada tahun ini.

Menurut beliau, permohonan itu menyamai peruntukan yang diperoleh pada tahun lalu.

''Pada 2008, kita menerima peruntukan sebanyak RM106 juta untuk menaik taraf sistem jalan raya di negeri ini," katanya.

Beliau menambah, penyelenggaraan sistem jalan raya di negeri ini bergantung kepada peruntukan yang diperoleh daripada Kerajaan Pusat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.