saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 27/04/2010

Pembunuhan cemar pilihan raya Filipina

PADA 10 Mei ini, Filipina akan mengadakan pilihan raya Presiden, bagi menggantikan Presiden Gloria Macapagal Arroyo yang tamat tempoh pentadbirannya.

Sejak pilihan raya itu diumumkan, banyak kes pembunuhan politik dilaporkan berlaku di negara tersebut dan kebanyakannya dikaitkan dengan pasukan tentera persendirian yang ditubuhkan oleh puak-puak yang berpengaruh.

Pada pilihan raya 2007, sebanyak 130 kes pembunuhan politik telah dilaporkan, dan pada tahun lalu pula, sebanyak 57 kes berlaku melibatkan pembunuhan beramai-ramai di selatan Filipina.

Sebenarnya, pembunuhan politik merupakan kejadian biasa di Filipina pada setiap kali menjelang pilihan raya. Namun, apa yang membimbangkan adalah gejala itu seolah-olah 'tidak ada hentinya'.

Ini kerana tidak ada tanda-tanda kerajaan Filipina bersungguh-sungguh mahu menangani isu pembunuhan politik di negara itu yang didalangi oleh pasukan tentera persendirian ini.

Malahan dua calon yang sedang mendahului tinjauan pendapat sebagai calon pilihan untuk memenangi pilihan raya kali ini, Senator Benigno 'Noynoy' Aquino III dan Senator Manuel Villar sendiri menyatakan bahawa mereka tidak akan menghapuskan pasukan tentera persendirian di negara ini.

Lebih kronik lagi, pihak pendakwa terlibat secara langsung seolah-olah 'melindungi' penjarah-penjarah yang terlibat.

Dalam kes terbaru, pihak pendakwa menggugurkan tuduhan ke atas Ampatuan Jr. daripada tuduhan terlibat dengan kes pembunuhan beramai-ramai di Mindanao, wilayah selatan Filipina pada 23 November tahun lalu.

Ampatuan Jr. didakwa mengetuai pasukan tentera persendirian milik bapanya, bekas gabenor berpengaruh di wilayah Mindanao Andal Ampatuan Sr. untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai itu.

Dalam kejadian itu, seramai 57 orang awam terbunuh termasuk 30 wartawan apabila seorang ahli politik yang diiringi satu konvoi penyokongnya dan wartawan diserang oleh satu kumpulan ketika mereka dalam perjalanan untuk mendaftar sebagai calon untuk bertanding jawatan gabenor pada pilihan raya wilayah.

Pihak berkuasa telah menahan 200 orang termasuk beberapa orang anak Andal Ampatuan Sr. berhubung kejadian pembunuhan itu.

Bagaimanapun, pihak pendakwa kemudian membebaskan kedua-dua anak bekas gabenor itu sehingga mencetuskan bantahan keras daripada pihak pendakwaan.

Kerajaan Filipina membenarkan penubuhan pasukan tentera persendirian bagi membendung kegiatan pemberontak komunis dan kumpulan pemisah Islam di selatan negara itu.

Bagaimanapun, sesetengah ahli politik menggunakan kumpulan itu bagi kepentingan politik mereka. Malah Arroyo sendiri didakwa menggunakan pengaruh puak Ampatuan untuk meraih sokongan pada pilihan raya Presiden sebelum ini.

Sebuah pemerhati hak asasi manusia di Amerika Syarikat baru-baru ini melahirkan kebimbangan dengan gejala itu yang agak serius di Filipina.

Pemerhati badan hak asasi manusia itu menggesa supaya kerajaan Filipina bertindak tegas menangani gejala itu yang bukan sahaja menjejaskan imej kerajaan Filipina tetapi juga mencemarkan pilihan raya di negara itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.