saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 27/04/2010

Doktor gigi di Sabah di tahap kritikal

KOTA KINABALU 26 April - Jumlah doktor gigi di negeri ini perlu segera ditambah kerana berada di tahap yang terlalu rendah iaitu dengan nisbah satu doktor bagi 20,000 penduduk.

Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Dr. Yee Moh Chai berkata, kini hanya terdapat 155 doktor gigi berdaftar di negeri ini berbanding 4,000 doktor gigi berdaftar di seluruh negara.

"Nisbah antara doktor gigi dengan pesakit di Sabah adalah paling rendah berbanding negeri lain iaitu pada kadar 1:20,000 berbanding nisbah nasional sebanyak 1:7,000.

"Jadi saya berharap pihak berkenaan akan meneliti perkara ini bagi meningkatkan keseluruhan kualiti penjagaan kesihatan di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Kongres Pergigian Sabah di sini hari ini.

Moh Chai berkata, kerajaan negeri sentiasa bersedia membantu dan memberi sokongan kepada mana-mana pihak yang boleh membantu meningkatkan jumlah doktor gigi di negeri ini secara berterusan.

Menurutnya, berdasarkan kajian kebanyakan doktor gigi lebih berminat berkhidmat di kawasan bandar yang mempunyai kuasa beli yang tinggi seperti di Lembah Klang.

Fenomena itu ujarnya, menyebabkan tidak ramai doktor gigi yang sanggup berkhidmat di Sabah atas faktor demografi dan juga pendapatan.

Dalam pada itu, Moh Chai berkata, masyarakat khususnya golongan muda disaran mengambil peluang dengan menceburi bidang pergigian kerana ia menawarkan masa depan yang cerah.

"Kini kebanyakan pelajar perubatan memilih untuk menjadi pengamal perubatan am dan sedikit sahaja memilih doktor gigi yang mewujudkan peluang pekerjaan yang besar," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.