saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 27/04/2010

Johor henti jual air dari loji Skudai pada Singapura tahun depan

27/04/2010 8:31pm

JOHOR BAHRU 27 April Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, Johor akan menghentikan penjualan air mentah dari sebuah loji di sini kepada Singapura apabila perjanjian mengenainya tamat tahun depan.

Katanya, perjanjian itu melibatkan penjualan air dari Loji Skudai, di Johor Bahru, yang diuruskan oleh syarikat Public Utilities Board (PUB) Singapura.

"Sekarang ini di peringkat rundingan untuk pulangkan (Loji Skudai kepada kerajaan Johor), katanya pada sidang media sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini, hari ini.

Satu lagi perjanjian bekalan air di antara Johor dan Singapura akan hanya tamat pada 2061.

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Dr. Yaacob Ibrahim sebagaimana dipetik oleh media republik itu berkata, Singapura tidak akan memperbaharui kontrak air dengan Malaysia apabila perjanjian itu tamat tahun depan.

Berucap di Parlimen Singapura, katanya, republik itu mempunyai bekalan air yang mencukupi. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.