saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/04/2010

SK Peserian pelik tapi benar

BATU PAHAT 27 April - Pelik tapi benar! Demikian yang berlaku kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Peserian di Semerah yang mengalami masalah kekurangan murid tetapi pada masa sama menghadapi masalah kesesakan dalam kelas walaupun terdapat beberapa bilik darjah kosong tidak digunakan.

Guru Besar SK Peserian, Khalidi Senan berkata, masalah itu berlaku kerana sekolahnya mencatatkan penurunan jumlah murid secara konsisten sejak 2006 iaitu hanya terdapat masing-masing satu kelas bagi murid Tahun 1, 2,3, 4 dan 6.

Menurutnya, bilangan murid sekolah itu ialah Tahun 1 mempunyai 23 murid, Tahun 2 (37 murid), Tahun 4 (44 murid), Tahun 5 (52 murid) dan Tahun 6 (44 murid).

Katanya, masalah timbul kerana Tahun 4 dan 6 hanya masing-masing satu kelas dan tidak boleh dibahagi dua kelas berikutan peraturan kementerian memberi syarat ia hanya boleh dibahagikan jika melebihi 50 murid.

"Apa yang berlaku, kelas Tahun 4 dan 6 menjadi sesak manakala guru tidak dapat memberi tumpuan sewajarnya akibat masalah itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, keadaan itu secara tidak langsung mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran para guru pada setiap murid kerana terlalu ramai murid di dalam sebuah kelas iaitu sehingga 44 orang murid.

Khalidi memberitahu, sepatutnya, jumlah murid yang ideal dan selesa bagi satu kelas ialah 25 orang.

Namun katanya, murid Tahun 5 yang mempunyai jumlah murid 52 orang tidak menghadapi masalah kerana dibahagikan kepada dua kelas.

Setakat ini, katanya, terdapat tujuh kelas sahaja yang digunakan untuk bilik darjah Tahun 1 hingga 6 manakala satu lagi kelas digunakan untuk kanak-kanak prasekolah seramai 25 orang dan beberapa bilik darjah lain terbiar kosong.

''Kesesakan bagi Tahun 4 dan 6 menyukarkan guru memberi tumpuan terhadap semua pelajar kerana kesuntukkan masa dan sesungguhnya amat merugikan murid terutama pelajar lemah yang memerlukan lebih masa untuk ditunjuk ajar," jelasnya.

Demi membantu murid Tahun 6 yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Khalidi memberitahu, pihaknya terpaksa membahagikan murid Tahun 6 kepada dua kelas walaupun peraturan tidak membenarkan membuat demikian.

"Walaupun guru Tahun 6 yang ditugaskan mengajar di dua kelas terbabit tidak menerima elaun sepatutnya kerana membuat pemecahan dalaman, mereka rela berkorban demi kejayaan dalam peperiksaan UPSR nanti," jelasnya.

Apa yang membanggakan, katanya, walaupun menghadapi masalah itu, pencapaian peperiksaan UPSR sekolah berkenaan semakin meningkat iaitu daripada 50 ke 75 peratus dengan lima pelajar mendapat 5A hasil usaha gigih guru terbabit.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.