saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 28/04/2010

Elie didakwa khalwat wanita berusia 49 tahun

KUALA LUMPUR 27 April - Lelaki dari Lebanon yang mengaku dirinya seorang hartawan, Elie Yousef Najem terus menimbulkan kontroversi apabila dia hari ini dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini atas tuduhan berkhalwat dengan seorang wanita tempatan.

Elie, 50, bersama pasangannya, Roslin Taha, 49, didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah bilik bernombor 8804, Tingkat 8, Wisma Belia, Brickfields di sini pada pukul 3.45 petang semalam.

Pendakwaan terhadap Elie dibuat mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 sementara Roslin pula didakwa mengikut Seksyen 27(b) akta sama.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh Hakim Syarie A. B. Malik Awang memandangkan kes tersebut di luar bidang kuasa mahkamah rendah.

Beliau menetapkan kes tersebut didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 12 Mei ini.

Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohamad Sukri Ab. Wahab mencadangkan agar mahkamah mengenakan bon jaminan yang tinggi terhadap kedua-dua tertuduh.

Elie dan Roslin dibebaskan dengan bon jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Elie turut menghadapi satu lagi tuduhan iaitu bernikah dengan isterinya, Farinnie Mohd. Farid, tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi kes tersebut, Elie yang tidak diwakili peguam syarie dilepaskan dengan jaminan RM500 dengan seorang penjamin.

Kes tersebut juga akan disebut bersama kes khalwat di mahkamah sama.

Selepas selesai membayar jaminan, Elie ditangkap semula oleh polis berkaitan kes ugutan terhadap isterinya.

Sebelum ini lelaki itu pernah ditangkap kerana memiliki wang palsu AS$66.02 juta (RM220.6 juta).

Dia juga turut menghadapi kes tuntutan cerai fasakh di bawah Seksyen 52 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang difailkan Farinnie di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.