saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 29/04/2010

Pasar Besar Jerantut setanding Pasar Siti Khadijah


Petugas Alam Flora Sdn. Bhd. dan kakitangan Majlis Daerah Jerantut melakukan operasi pembersihan di ruang niaga Pasar Besar Jerantut, semalam.


JERANTUT 28 April - Majlis Daerah Jerantut (MDJ) akan menaik taraf Pasar Besar Jerantut di sini setanding Pasar Siti Khadijah di Kelantan dan Pasar Payang di Terengganu, bagi menarik pelancong ke kawasan itu.

Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, pasar itu juga akan diberi nama baru yang lebih komersial.

"Kita akan umum nama baru Pasar Besar Jerantut tidak lama lagi yang bakal memberi perspektif baru dalam bidang pelancongan seperti Pasar Siti Khadijah dan Pasar Payang.

''Usaha secara berperingkat ini bertujuan memberi keselesaan peniaga dan pengunjung selain aktiviti perniagaan dapat dilaksanakan sehingga waktu malam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan operasi pembersihan Pasar Besar Jerantut hari ini.

Wan Norizan berkata, antara kemudahan yang bakal dinaik taraf di pasar berkenaan ialah longkang, pagar dan meja jualan selain menambah bilangan lampu supaya persekitarannya lebih menarik dan ceria.

Selain itu, katanya, pihaknya juga akan membaik pulih tandas awam, mengecat semula bangunan dan pemasangan papan tanda perniagaan yang seragam.

Mengulas operasi pembersihan bersama Alam Flora Sdn. Bhd. itu, jelasnya, ia bertujuan memberi keselesaan kepada orang ramai termasuk pelancong yang singgah di pasar itu sebelum ke Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini.

Operasi itu katanya, membabitkan semua ruang niaga termasuk longkang, tandas awam dan kawasan luar pasar.

Menurutnya, operasi berkenaan merupakan serampang dua mata untuk menyuntik kesedaran peniaga dan pengunjung supaya mengutamakan kebersihan serta keceriaan tempat perniagaan itu.

"Kita membuang peralatan lapuk dan terbiar di luar pasar yang boleh mencacatkan pemandangan serta menyempitkan ruang sehingga mengundang ketidakselesaan orang ramai.

"Selepas operasi ini, penguat kuasa MDJ akan memantau dan tidak teragak-agak mengeluarkan notis kepada peniaga yang melanggar peraturan," tegasnya.

Katanya, peniaga yang mengabaikan kebersihan dan tidak mematuhi had meletak barang perniagaan boleh dikenakan kompaun sehingga RM500.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.