saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/04/2010

Cadang mandulkan bapa bayi dibuang

KUALA LUMPUR 29 April - Seorang senator hari ini mencadangkan agar bapa kepada bayi yang dibuang dimandulkan atau dikasi bagi memberi pengajaran kepada mereka supaya lebih bertanggungjawab.

Ahmad Hussin yang kesal dengan peningkatan kes berkenaan berkata, hukuman seumpama itu wajar dikenakan ke atas lelaki tidak bertanggungjawab itu walaupun sesetengah pihak akan menganggapnya sebagai perbuatan zalim.

"Sekarang ini kita lihat dalam kes buang bayi, bapa (bayi itu) ghaib, hilang (entah ke mana dan) cari pun tak jumpa. Saya cadangkan kita kasi (sahaja) bapa-bapa ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada sidang Dewan Negara hari ini.

Mengulas perkara itu, Shahrizat berkata, cadangan berkenaan perlu dikaji terlebih dahulu kerana tidak semua bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.

"Memang kalau ikut hati kita nak 'kasi'. Bukan semua, hanya bapa yang termasuk dalam golongan yang tak bertanggungjawab manakala bapa yang lain adalah baik-baik," katanya.

Dalam pada itu, katanya, sikap ibu bapa yang 'memfrancaiskan' tugas mendidik anak-anak kepada pihak lain adalah punca utama meningkatnya kes pembuangan bayi sejak kebelakangan ini.

Shahrizat berkata, fungsi tradisi institusi keluarga semakin berubah berikutan ramai golongan ibu dan isteri terpaksa bekerja sehingga tidak dapat mengasuh anak-anak dengan penuh kasih sayang.

''Hari ini semua orang terlalu sibuk, kita menjadi masyarakat individualistik. Sehingga apabila kita melahirkan anak, selepas itu kita francais anak kita kepada masyarakat dan kerajaan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Shahrizat berkata, kejadian pembuangan bayi dari 2005 sehingga 2009 adalah 407 kes.

"Jumlah yang dilaporkan pada 2005 adalah 67 kes, 2006 (83 kes), 2007 (76 kes), 2008 (102 kes) dan 2009 (79 kes),'' katanya.

Berkaitan penderaan kanak-kanak termasuk bayi pula, beliau berkata, kes yang dilaporkan pada 2005 adalah 1,800 kes, 2006 (1,999 kes), 2007 (2,279 kes), 2008 (2,780 kes) dan 2009 (1,900 kes).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.