saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 30/04/2010

Kes tiga artis saman syarikat filem disebut 5 Mei


Yasmin Hani (kiri) dan Lana Nordin menunjukkan saman yang difailkan terhadap dua penerbit filem untuk menuntut baki bayaran lakonan mereka di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ Mohd Farizwan Hasbullah


KUALA LUMPUR 29 April - Kes saman tiga artis wanita terhadap syarikat penerbitan filem bagi menuntut baki bayaran lakonan berjumlah RM23,800 akan disebut semula di Mahkamah Majistret di sini antara 5 dan 27 Mei ini.

Tarikh tersebut dimaklumkan oleh kakitangan mahkamah kepada peguam, R. Palaya yang mewakili Yasmin Hani, Lana Nodin dan Tania Zara.

Kes membabitkan Tania akan disebut pada 5 Mei ini manakala kes Lana dan Yasmin masing-masing akan disebut pada 20 serta 27 Mei ini di Mahkamah Majistret berasingan.

Tania menamakan syarikat Sketch Seven Sdn. Bhd. sebagai defendan manakala Lana dan Yasmin masing-masing menamakan syarikat Second Life Pictures Sdn. Bhd. dalam saman yang difailkan secara berasingan pada pertengahan Mac lalu.

Pada prosiding hari ini, Lana yang merupakan pelakon drama Gol & Gincu dan Yasmin hadir dengan ditemani Pengarah Urusan Aquila Emas Sdn. Bhd. yang menguruskan mereka, Syarizan Md. Isa.

Tania tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Menurut pernyataan tuntutan yang difailkan oleh Tania atau nama sebenarnya, Norzalina Mohd. Sudin, 30, dia menuntut bayaran bagi penggambaran filem Uncle Usin yang dibuat lebih sehari dari tempoh penggambaran yang dipersetujui.

Dia yang pernah membintangi filem Suaka dan drama Kekasihku Seru itu sepatutnya menerima bayaran sebanyak RM3,000.

Sementara itu, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hassan Nodin dan Yasmin atau nama penuhnya, Yasmin Hani Richardson, masing-masing berusia 31 tahun menuntut baki bayaran lakonan dalam filem Gentayangan.

Defendan didakwa telah gagal membayar baki bayaran lakonan sebanyak RM8,800 kepada Lana dan RM12,000 kepada Yasmin.

Filem Gentayangan yang telah siap sejak beberapa tahun lalu masih belum ditayangkan.

Mereka mendakwa walaupun defendan ada memberikan sekeping cek yang dikatakan sebahagian daripada bayaran tertunggak tetapi ia merupakan cek tendang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.