saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 30/04/2010

Pengkhianatan kepada rakyat Kelantan

KUALA LUMPUR 29 April - Tindakan Pas Kelantan yang dipercayai menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada seorang penulis blog bagi tujuan memfitnah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat negeri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, wang tersebut sepatutnya digunakan bagi tujuan kesejahteraan rakyat dan bukannya dibelanjakan untuk kepentingan politik Pas kerana masih terlalu ramai rakyat Kelantan yang miskin dan memerlukan bantuan.

"Apakah wang RM4 juta itu merupakan peruntukan yang sepatutnya disalurkan bagi membantu rakyat miskin tetapi akhirnya digunakan bagi menabur fitnah untuk menjatuhkan pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Pada saya, adalah lebih baik wang itu digunakan bagi meningkatkan bekalan air bersih di negeri ini kerana masalah keperluan asas itu sehingga kini masih gagal diselesaikan walaupun Pas sudah memerintah Kelantan sejak 20 tahun lalu.

"Inilah pengkhianatan Pas terhadap rakyat Kelantan yang mengharapkan kesejahteraan mereka tetapi dana yang ada digunakan pula bagi tujuan lain,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendedahan itu membuktikan Pas hanya mempergunakan imej Islam untuk kepentingan politik.

Katanya, kesanggupan Pas Kelantan membelanjakan wang dalam jumlah yang besar untuk tujuan memburukkan pemimpin negara jelas terkeluar daripada landasan Islam.

"Selama ini, Pas memperlihatkan dirinya sebagai sebuah parti Islam yang bebas daripada penyebaran fitnah tetapi dengan pendedahan ini ternyata Islam hanya pada imej.

"Mereka jelas melakukan kemungkaran dan saya yakin akan lebih banyak pendedahan mengenai kepincangan Pas akan didedahkan individu yang pernah bersama parti itu sebelum ini,'' katanya.

Sehubungan itu, beliau menuntut satu siasatan rapi dijalankan pihak berkuasa bagi mengenal pasti daripada mana sumber peruntukan itu diperolehi bagi menggerakkan operasi perang saraf tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.