saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 30/04/2010

Pemuda Pas minta kepimpinan parti siasat dakwaan penulis blog

KOTA BHARU 29 April - Dewan Pemuda Pas negeri meminta kepimpinan parti menyiasat dakwaan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz kononnya dia menerima peruntukan sebanyak RM4 juta bagi menjalankan operasi gerak saraf memburukkan Kerajaan Pusat.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya akan membawa isu yang dibangkitkan penulis blog tersebut berhubung operasi melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengukuhkan Pas Kelantan.

''Isu itu akan dibincangkan di peringkat kepimpinan parti terlebih dahulu sebelum apa-apa ulasan dikeluarkan," katanya.

Bagaimanapun beliau menyifatkan peruntukan sebanyak RM4 juta yang didedahkan oleh penulis blog itu bukanlah isu besar kerana percaya ia sebenarnya bertujuan membina imej Kerajaan Kelantan.

''Jumlah yang didakwa kononnya untuk tujuan gerak saraf itu masih kecil berbanding peruntukan yang digunakan oleh Kerajaan Pusat bagi melanggan khidmat Apco Worldwide," ujarnya.

Beliau yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada dakwaan tersebut berasas atau pun tidak kerana Pemuda Pas negeri tidak memiliki maklumat yang lengkap.

"Perkara ini akan dibawa ke peringkat pimpinan parti untuk diputuskan tindakan lanjut sebab kami di peringkat Pemuda tidak ada maklumat tentang jumlah tersebut, kita minta kepimpinan menjalankan siasatan terhadap dakwaan ini.

"Kita kena ingat kerajaan Kelantan diserang dari pelbagai sudut seperti media cetak dan elektronik selama 20 tahun, kalau sekadar RM4 juta untuk memperbaiki imej, bagi saya tidak ada masalah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melawat gerai-gerai di Ekspo Pertanian Kelantan di sini hari ini.

Bagaimanapun Nik Aziz enggan memberikan sebarang komen mengenai isu itu.

Ditanya sama ada tindakan menimbulkan persepsi yang membawa konotasi negatif ke atas kepimpinan bekas Perdana Menteri selari dengan dasar Pas yang memperjuangkan Islam, Ahmad Fadhli berkata: "Kerana itu saya kata dakwaan beliau perlu disiasat oleh kepimpinan parti."

Katanya, beliau tidak perlu menjawab cabaran Syed Azidi yang memintanya menyiasat sumber peruntukan itu.

"Dia yang dedahkan jumlah tersebut dan dia yang kena dedah bagaimana ia diperolehi. Buat apa saya nak siasat, itu dakwaan beliau sendiri, beliau bebas untuk menyatakan berapa juta yang dia dapat.

"Beliau bertanggungjawab untuk dedahkan dan bukan kerja saya untuk respons kepada penulis blog murahan seperti ini," katanya.

Tambahnya, beliau bukan lari daripada persoalan pokok apabila memberikan analogi Kerajaan Pusat menggunakan Apco untuk membina imej.

"Tidak, saya bukan nak lari, relevannya ialah Apco untuk membina imej kerajaan Malaysia, RM4 juta untuk membina imej kerajaan negeri, saya rasa tidak ada masalah," katanya.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan kenyataan akhbar yang dibuatnya sebelum ini atas kapasitinya sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan dan ia tidak ada kena mengena dengan jawatannya dalam kerajaan negeri.

"Kena tanya beliau kenapa dakwaan ini baru sekarang dibuat, saya juga tidak faham kenapa.

"Saya tengok dakwaan beliau tidak ada butiran, tidak ada fakta yang tepat dan jelas untuk kita rujuk" katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.