saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/05/2010

Peguam Negara arah siasatan lanjut

SHAH ALAM 30 April - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengarahkan polis Selangor menjalankan siasatan lebih lanjut terhadap kes seorang remaja lelaki, Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati akibat terkena tembakan polis di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, arahan itu dikeluarkan selepas pihak Peguam Negara meneliti kertas siasatan yang diserahkan oleh polis pagi ini.

Sehubungan itu, menurut beliau, polis akan meneruskan siasatan sebelum menyerahkan kertas laporan itu kepada Peguam Negara minggu depan.

"Selepas kita selesaikan siasatan ini, kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Peguam Negara pada Isnin depan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi lewat petang ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memaklumkan, kertas siasatan kes membabitkan pelajar terbabit telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Musa, polis telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada DPP hari ini dan terpulang kepada pejabat itu untuk membuat penilaian seterusnya.

Malah polis, kata Musa, pada masa yang sama menyambut baik usaha kerajaan mengadakan inkuiri dalaman bagi melihat sama ada terdapat justifikasi terhadap polis dalam kes berkenaan.

"Kita telah serahkan kepada DPP kertas siasatan kes itu pagi ini. Saya harap inkuiri dapat dibuat secepat mungkin. Lagi cepat, lagi bagus kerana kita boleh mengetahui perkara sebenar di sebalik tindakan yang diambil terhadap mereka yang bersalah," katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Aminulrasyid yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini mati terkena tembakan di Seksyen 11 setelah dikatakan cuba melarikan diri dari sekatan polis manakala rakannya pula berjaya melarikan diri.

Khalid dalam pada itu berkata, sehingga petang ini, keterangan lebih 20 saksi telah direkodkan bagi membantu siasatan.

Mereka termasuk anggota keluarga Allahyarham Aminulrasyid dan penunggang motosikal yang dikatakan berlanggar dengan kereta Proton Iswara yang dipandu remaja itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, pemandu kereta yang dikatakan dilanggar oleh Allahyarham belum tampil untuk membantu siasatan.

Khalid berkata, seorang lagi saksi kejadian yang juga jiran kepada Allahyarham tampil membuat laporan polis dan keterangannya diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam malam tadi.

Sementara itu, Musa ketika ditanya mengenai perkembangan siasatan kes tersebut memberitahu, beliau difahamkan melalui ketua pegawai penyiasat, sebelum kejadian, kenderaan pelajar terbabit dikejar kereta peronda polis sejauh 6 kilometer dalam kelajuan yang tinggi sebelum ia terlanggar sebuah motosikal.

Beliau sekali lagi memberi jaminan bahawa siasatan kes dilakukan secara terbuka dan pihaknya tidak pernah menyembunyikan apa-apa fakta.

Namun, menurutnya, berlaku banyak kes pecah rumah terutama sekitar pukul 2 hingga 3 pagi di Seksyen 11 dan untuk itu, sebarang aktiviti meragukan akan menimbulkan syak kepada anggota polis.

"Kita sedih dengan kejadian ini. Polis jalankan tugas untuk meronda, kalau ada polis tahan untuk buat pemeriksaan, berhentilah, beri kerjasama, jangan melarikan diri.

"Saya banyak kali bercakap mengenai perkara ini kerana tindakan melarikan diri menimbulkan syak wasangka yang tidak sepatutnya," jelas beliau.

Musa berkata, orang awam tidak perlu takut sekiranya tidak melakukan sebarang kesalahan, kalau tidak memiliki lesen memandu yang sah sekalipun hukumannya hanyalah saman.

Katanya, beliau sebelum ini pernah mencadangkan kepada kerajaan untuk memasang kamera video pada kereta peronda sejak 2006 bagi memudahkan pihaknya merekod serta mengenal pasti sebarang insiden yang berlaku melibatkan anggota polis dan orang awam.

Bagaimanapun, ujar beliau, cadangan itu tidak dapat dilaksanakan ekoran masalah peruntukan kewangan kerajaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.