saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/05/2010

Lapan anggotai panel khas pantau siasatan

PUTRAJAYA 30 April - Seramai lapan orang akan dipilih menganggotai panel khas yang ditubuhkan bagi memantau siasatan berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh polis Isnin lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang juga pengerusi panel itu berkata, ahli panel yang dipilih itu merupakan mereka daripada kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berkepentingan politik mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, panel terbabit kini dalam proses menunggu persetujuan daripada calon ahli panel itu sebelum mesyuarat pertama yang dijangka diadakan minggu hadapan.

''Buat masa ini anggota yang dilantik ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Ahmad Fuad Ab. Aziz sebagai Timbalan Pengerusi.

''Panel ini akan menjadi jambatan penyalur maklumat kepada orang ramai hasil siasatan yang dilakukan oleh polis termasuk memantau dan menilai hasil siasatan itu supaya tidak berlaku penyelewengan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Aminulrasyid, 15, meninggal dunia selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri ketika hendak ditahan di Seksyen 11, Shah Alam.

Ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 60, bagaimanapun menafikan anaknya terbabit dalam aktiviti jenayah dan meminta polis menyiasat kes itu dengan telus.

Susulan itu, KDN menubuhkan panel khas untuk menyiasat insiden terbabit.

Bagaimanapun, Abu Seman menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan supaya ia dapat dirujuk kepada Peguam Negara dengan kadar segera.

''Kita nak lihat tindakan yang diambil oleh polis dalam penyiasatan ini hendaklah telus dan adil bagi semua pihak kerana kita tidak mahu timbul andaian bukan-bukan dan salah faham," katanya.

Abu Seman merayu kepada mana-mana pihak supaya tidak 'menangguk di air keruh' dalam kes terbabit sebelum siasatan dilakukan.

''Kita meminta semua pihak supaya bertenang, jangan membuat spekulasi dengan menimbulkan cerita yang tidak benar," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.