saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 01/05/2010

Khalid pertahan Nik Aziz

SHAH ALAM 30 April - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad hari ini mempertahankan tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang mempertikaikan larangan penggunaan masjid dan surau untuk tujuan berpolitik.

Menurut Khalid, kenyataan Menteri Besar Kelantan pada 23 April lalu bahawa berpolitik di masjid dan surau dibolehkan hanya merujuk kepada politik menyatupadukan umat Islam dan bukan melibatkan politik kepartian yang boleh memecahbelahkan umat, fitnah serta caci-mencaci.

''Nik Abdul Aziz selama mengadakan kuliah dalam masjid (beliau) bercakap politik tetapi bukannya dalam konteks politik partisan. Beliau bercakap dalam konteks menyeru umat Islam mengamalkan corak politik Islam seperti amanah, prihatin, kebajikan dan menegakkan keadilan.

''Beliau memberikan kuliah berhubung ajaran Islam dalam kehidupan politik dan budaya serta faedah politik mengikut ajaran Islam," katanya di pejabatnya di Seksyen 13 di sini hari ini.

Menurut Khalid, beliau menyambut baik serta menyokong titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam yang menitahkan sesiapa sahaja termasuk ahli politik yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau supaya tidak perlu datang ke negeri itu.

Beliau berkata, titah baginda itu perlu dihormati oleh semua pihak.

Katanya, titah Sultan Selangor itu mencerminkan kehendak baginda yang tidak mahu masjid dan surau di Selangor dijadikan medan berpolitik yang memecahbelahkan umat dengan adanya amalan caci-mencaci dan fitnah-memfitnah.

Beliau percaya titah Sultan Selangor itu merujuk kepada politik partisan dan mengadu domba serta memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam.

''Sebaliknya, politik yang dimaksudkan oleh Nik Abdul Aziz ialah politik Islam berasaskan al-Quran dan sunah Rasulullah,'' jelasnya.

Khalid seterusnya menyalahkan pihak media yang melaporkan seolah-olah kenyataan Nik Abdul Aziz itu bercanggah dengan titah Sultan Selangor yang menegaskan larangan penggunaan masjid dan surau untuk tujuan berpolitik.

''Media nak wujudkan satu persepsi bahawa Nik Abdul Aziz macam bercanggah pandangan dan pendapat dengan Sultan Selangor.

''Apa yang berlaku ialah penggunaan istilah yang sama tetapi membawa pengertian berbeza. Apa yang dititahkan oleh baginda saya sokong sepenuhnya," kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.