saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 01/05/2010

Kursus pelupusan sampah kepada JKKK

KOTA KINABALU 30 April - Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah akan mengadakan kursus pelupusan sampah kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terlibat dengan Program Kampung Sejahtera (PKS).

Menterinya, Datuk Dr. Ewon Ebin berkata, kursus tersebut bukan sahaja akan menunjukkan cara betul melupuskan sampah tetapi merangkumi teknik mengitar semula sampah-sampah tertentu untuk dijadikan baja.

"Saya berharap semua pemimpin di peringkat kampung terutama pengerusi JKKK tidak melepaskan peluang kerana ilmu yang diperolehi itu boleh dimanfaatkan di kampung masing-masing," katanya.

Beliau berucap pada majlis penyampaian Anugerah Kampung Sejahtera Sabah di Pusat Pembangunan Masyarakat Kampung Mansiang, Menggatal, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ghulam Jelani.

Ewon berkata, pihaknya akan berkerjasama dengan beberapa agensi kerajaan berkaitan bagi menjayakan kursus berkenaan.

Katanya, isu pengurusan sampah sarap yang tidak sistematik di kampung-kampung perlu ditangani dengan bijak dan segera kerana ia sering mendapat perhatian pelbagai pihak.

"Ini soal kesihatan kerana jika keadaan kampung dipenuhi sampah sarap ia akan mencatatkan pemandangan dan mengundang masalah kesihatan," ujarnya.

Sementara itu, Kampung Tanjung Bulat, Kinabatangan dinobatkan sebagai juara Anugerah Kampung Sejahtera peringkat negeri, diikuti Kampung Entilibon, Tongod (naib juara) dan Kampung Babagon Penampang (ketiga).

Semua pemenang menerima hadiah dalam bentuk geran projek iaitu masing-masing bernilai RM50,000 bagi juara, RM40,000 (naib juara) dan RM30,000 (ketiga).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.