saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 01/05/2010

Fadlieshop niaga tanpa sempadan


MOHD. Fadly Aswady Pasuya (kiri) bersama pekerjanya, Hanif Mohamad melihat cetakan digital yang dihasilkan syarikatnya, fadlieshop Production di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 30 April - Sekeping kad undangan ke majlis kesyukuran sempena penubuhan sebuah syarikat percetakan online di Pengkalan Chepa dekat sini kelihatan begitu cantik yang pastinya dihasilkan secara profesional.

Ia menarik perhatian kami ke laman web www.fadlieshop.com untuk mula mengenali siapa pengendali dan bagaimana perjalanan perniagaan Fadlieshop Production yang diterajui oleh Mohd. Fadly Aswady Pasuya, 29.

Syarikat yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu oleh pemegang Diploma Teknologi Pembuatan Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) itu bermula dengan modal kira-kira RM50,000.

''Ia hasil wang yang dikumpul selama tiga tahun sewaktu bersendirian secara sambilan mendapatkan tempahan-tempahan. Sukar untuk mendapatkan pinjaman kerana banyak prosedur dan panjangnya waktu menunggu.

''Saya tidak perlu berharap dan menunggu lagi untuk memulakan perniagaan ini biarpun secara bertatih awalnya dalam saingan yang sengit," katanya yang pernah bekerja sebagai pereka bentuk di sebuah kilang automotif.

Fadlieshop digerakkan bersama oleh tujuh orang kakitangan yang menggunakan Internet sebagai medium utama operasinya, membuka ruang dan peluang seluas-luasnya.

Anak kepada seorang pesara tentera ini yang meminati dunia perniagaan sejak kecil bagaimanapun yakin syarikatnya dapat berkembang dalam dunia persaingan yang pesat berdasarkan minat, pengalamannya dan kualiti kerja serta strategi niaga.

Malah walaupun usia setahun jagung, Fadlieshop sudah mendapat kepercayaan beberapa syarikat terkemuka di tanah air termasuk dalam bidang kosmetik yang kini menjadi pelanggan tetap.

Produk yang dihasilkan syarikatnya dengan pelbagai rekaan menarik termasuklah kad nama, poskad, menu, fail korporat, rekaan kepala surat, banting, poster, risalah, beg kertas sehinggalah kepada kotak bungkusan barang.

Dengan menggunakan teknologi mesin cetak Konica Minota Bizhub c451 bernilai RM50,000 untuk percetakan digital, Fadlieshop mampu bersaing dengan syarikat sedia ada di negara ini terutama sekali kualiti produknya sangat baik tetapi ditawarkan pada harga lebih murah.

Selaku pengarah urusan, Mohd. Fadly memberitahu, beliau sudah mula merangka strategi melalui jalinan kerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi di negeri ini agar syarikatnya turut menjadi rakan kongsi pelajar terutamanya.

Ia bagi menarik mereka yang bakal menjadi graduan dan memiliki kemahiran dalam bidang kreatif itu bersamanya menjalankan perniagaan tersebut sekiranya peluang pekerjaan lain belum ditawarkan.

"Dengan yuran seumur hidup RM200 para graduan yang mempunyai kemahiran dalam bidang grafik boleh bersama-sama saya meluaskan perniagaan ini dan mencari pelanggan mereka sendiri.

"Selepas menjadi ahli, kerja mereka cuma mencari pelanggan sendiri dan menyediakan rekaan selaras dengan permintaan dan syarikat saya akan cetak semua tempahan bagi pihak mereka," katanya.

Menurut beliau, tawaran untuk menjadi ahli berkenaan sebenarnya terbuka kepada semua masyarakat yang berminat dan mempunyai semangat untuk berniaga.

Katanya, selepas berdaftar melalui Internet dengan Fadlieshop, -ahlinya akan menikmati potongan harga 15 hingga 30 peratus setiap kali mereka berjaya mendapatkan tempahan pelanggan.

"Baru-baru ini saya telah membentangkan kertas kerja di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan kolej Cosmopoint mengenai perjalanan perniagaan saya ini dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan oleh bakal graduan.

"Saya memberi mereka peluang untuk menimba pengalaman di dalam bidang ini seperti yang pernah saya lalui beberapa tahun dulu sebelum syarikat ini berjaya ditubuhkan," jelasnya.

Katanya, susulan daripada kerjasama berkenaan, Fadlieshop kini berjaya mengumpul seramai kira-kira 200 ahli dan berharap mampu mencecah sehingga 1,000 orang penghujung tahun ini.

Mohd. Fadly memberitahu, selepas mendaftar ahli-ahlinya akan diberikan 'starter kit' syarikatnya dan dilengkapi dengan pelbagai contoh produk cetakan mereka untuk membantu mereka ketika bertemu pelanggan.

"Saya tidak akan biarkan ahli saya selepas mereka mendaftar. Sebaliknya bagi ahli yang mempunyai idea bernas dan mampu menghasilkan grafik mereka sendiri amat dialu-alukan.

"Mereka akan menikmati diskaun harga sebanyak 30 peratus daripada harga asal dan ditambah dengan harga yang mereka tawarkan kepada pelanggan, keuntungan adalah berlipat kali ganda.

"Apa yang penting adalah mereka kena berusaha mencari pelanggan dan mendapatkan tempahan sendiri serta mempunyai kemudahan untuk mengakses Internet kerana perniagaan ini dijalankan atas talian," terangnya.

Tambahnya, sekiranya ahlinya tidak mempunyai rekaan sendiri, beliau sendiri akan memberikan beberapa contoh secara langsung kepada mereka untuk ditunjukkan kepada bakal pelanggan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.