saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 03/05/2010

Benigno Aquino terus mendahului

MANILA 2 Mei - Kempen pilihan raya umum memasuki fasa akhirnya minggu ini dengan tinjauan pendapat menunjukkan Benigno Aquino diramalkan memperoleh kemenangan besar, namun ketegangan dan kebimbangan terhadap penipuan dan keganasan semakin meningkat.

Aquino yang bertuah kerana pengaruh legasi hero demokrasi kedua-dua orang tuanya, berjanji membanteras rasuah yang berleluasa selama sembilan tahun pemerintahan Presiden Gloria Macapagal Arroyo.

"Rakyat mahu melihat orang yang mereka percaya untuk membersihkan kotoran yang ditinggalkan Arroyo.

"Berdasarkan tinjauan pendapat utama, Noynoy Aquino akan mendapat kemenangan besar," kata seorang penganalisis politik yang juga pengarah eksekutif Institut Pembaharuan Politik dan Pengundian, Ramon Casiple.

Tinggal kira-kira seminggu sebelum pilihan raya diadakan pada 10 Mei ini dan negara demokrasi di Asia ini dilihat mampu menampung pelbagai kejutan.

Bekas bintang filem, Joseph Estrada berkata, beliau mampu melakukan kemunculan semula selepas digulingkan pada 2001 berikutan dakwaan rasuah.

Walaupun Aquino mendapat 39 peratus sokongan, menurut tinjauan pendapat Pulse Asia yang disiarkan minggu lalu, jumlah yang memilih Estrada juga bertambah kepada 20 peratus dan meletakkan beliau di tempat ketiga di belakang ahli perniagaan terkemuka, Manny Villar.

"Mereka akan mendapat kejutan terbesar dalam hidup," kata Estrada, 73, selepas tinjauan itu disiarkan.

Antara yang menjadi kebimbangan adalah pilihan raya dengan sistem kiraan automatik yang pertama kali digunakan akan menjadi mangsa penipuan atau menghadapi masalah teknikal.

Kira-kira 50 juta rakyat Filipina yang layak mengundi dijadual mengundi di lebih 80,000 pusat pengundian seluruh negara ketika pengkritik memberi amaran sistem automatik itu akan membawa pelbagai masalah. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.