saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 04/05/2010

SMK Gunsanad II cipta rekod guna alat muzik bungkau


SEBAHAGIAN daripada 130 pelajar SMK Gunsanad II memainkan alat muzik bungkau selama sejam tanpa henti untuk direkodkan dalam Malaysia Book of Records di Keningau baru-baru ini.


KENINGAU 3 Mei - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunsanad II di sini berjaya melakar nama dalam Malaysia Book Of Records apabila memainkan alat muzik bungkau selama satu jam tanpa henti sempena pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Sabah, kelmarin.

Alat muzik tradisional kaum Kadazandusun itu dimainkan oleh 130 pelajar sekolah tersebut yang mempersembahkan 30 buah lagu etnik Dusun dan Murut secara berterusan.

Antara lagu instrumental yang dimainkan ialah Usak Totomou, Tadau Tagazo Do Kadazan, Sapu Tangan Borinda, Kasakaazan Do Bambaazon dan Jambatan Tamparuli.

Kumpulan pelajar itu yang dipimpin oleh Johnny Guntabid, sebelum ini telah pun membuat persiapan rapi dengan melakukan latihan selama enam minggu berturut-turut.

Bungkau adalah sejenis alat muzik tradisional diperbuat daripada kulit pokok palma atau dikenali di kalangan masyarakat setempat sebagai polod yang menghasilkan bunyi merdu apabila ditiup.

Biasanya bungkau dimainkan di majlis-majlis keramaian selain merupakan lambang kesenian etnik tersebut yang terkenal dengan pelbagai keunikan adat dan budayanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.