saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/05/2010

Pos Malaysia rugi RM546j tak benar

KUALA LUMPUR 4 Mei - Pendedahan Presiden Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat UMNO (Pakku), Tan Sri Adam Kadir mengenai kerugian RM546 juta yang dialami oleh Pos Malaysia Bhd., merupakan dakwaan yang menjurus kepada fitnah, tidak benar dan mengelirukan.

Naib Presiden Kanan (Komunikasi dan Hubungan Luar) Khazanah Nasional Bhd., (Khazanah), Mohd. Asuki Abas berkata, kerugian yang dimaksudkan itu mungkin merujuk kepada kegagalan Pos Malaysia untuk melupuskan pegangannya sebanyak 15 peratus dalam Transmile Group Bhd., (Transmmile) tiga tahun lalu.

Katanya, semakan ke atas rekod serta penyata kewangan tidak menunjukkan sebarang bukti bahawa Khazanah menghalang penjualan saham tersebut seperti yang didakwa.

''Justeru, Khazanah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menasihatkan Tan Sri Adam supaya berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hal itu di masa hadapan tanpa sebarang bukti kukuh," katanya.

Asuki berkata demikian dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di sini hari ini.

Ia sebagai menjawab kenyataan Adam pada 1 Mei lalu yang menggesa Khazanah supaya memberi penjelasan penuh kepada Perdana Menteri berhubung kerugian RM546 juta yang dialami Pos Malaysia.

Selain itu, Adam turut mendakwa 'situasi tidak memberangsangkan' Pos Malaysia bertambah buruk selepas Khazanah menghalang Pos Malaysia daripada menjual 40 juta unit saham Transmile yang dimilikinya.

Adam juga mendakwa bahawa pengumuman Khazanah mengenai penjualan strategik Pos Malaysia yang dibuat sebelum ini adalah bagi menutup kelemahan syarikat itu selepas mengeluarkan sejumlah RM800 juta dari simpanannya pada 2007.

Asuki menjelaskan, pengeluaran RM800 juta oleh Khazanah pada tiga tahun lalu merupakan amalan biasa bagi membayar modal para pemegang saham Khazanah.

Katanya, pembayaran saham itu sebenarnya diluluskan oleh ahli Lembaga Pengarah Khazanah pada satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (Extraordinary General Meeting) yang dipengerusikan oleh Adam sendiri serta diperakui oleh Mahkamah Tinggi.

''Selain itu, Khazanah juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Pos Malaysia berada dalam situasi yang tidak memberangsangkan.

''Cadangan penjualan strategik Pos Malaysia yang sedang diusahakan dalam dua peringkat kini adalah satu langkah positif untuk menyokong perkembangan badan itu (Pos Malaysia),'' jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.