saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/05/2010

Pos Malaysia: Adam sedia dedah dokumen

KUALA LUMPUR 5 Mei - Presiden Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat UMNO (Pakku), Tan Sri Adam Kadir berkata, beliau mempunyai pelbagai dokumen berhubung kerugian RM546 juta yang dialami oleh Pos Malaysia Bhd. sebelum ini.

Adam yang merupakan bekas Pengerusi Pos Malaysia berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk mendedahkan semua dokumen tersebut.

"Saya mempunyai pelbagai dokumen tentang apa yang disebutkan. Jika setuju, saya boleh dedahkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Adam mengulas gesaannya terhadap Khazanah Bhd.sebelum ini supaya memberi penjelasan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kerugian yang ditanggung Pos Malaysia itu.

Selain itu, Adam turut mendakwa 'situasi tidak memberangsangkan' Pos Malaysia bertambah buruk selepas Khazanah menghalang Pos Malaysia daripada menjual 40 juta unit saham Transmile yang dimilikinya.

Adam juga mendakwa bahawa pengumuman Khazanah mengenai penjualan strategik Pos Malaysia yang dibuat sebelum ini adalah bagi menutup kelemahan syarikat itu selepas mengeluarkan sejumlah RM800 juta dari simpanannya pada 2007.

Berikutan itu, Khazanah membuat kenyataan balas menafikan dakwaan Adam itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.