saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 06/05/2010

Bangunan baru untuk SK Pulau Aur

MERSING 5 Mei - Walaupun Sekolah Kebangsaan Pulau Aur (SKPA) mempunyai 15 murid termasuk dua murid pra sekolah, namun Kementerian Pelajaran tetap membina sebuah blok bangunan baru tiga tingkat dan kemudahan asas lain demi keselesaan mereka.

Bangunan baru yang menelan kos RM8.4 juta itu menggantikan bangunan lama dan dijadualkan siap pada September ini.

Tiga daripada murid itu dihantar ke sekolah berkenaan menaiki sampan menyeberang dari pulau berhampiran iaitu dua orang dari Pulau Dayang dan seorang dari Batu Kembar Seti.

Utusan Malaysia difahamkan, pada 1970 terdapat hampir 1,000 penduduk Pulau Aur daripada 130 keluarga, namun jumlah itu merosot kepada 180 orang daripada 22 keluarga kerana kebanyakan mereka berhijrah ke tanah besar untuk menyertai rancangan Felda.

Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran yang melawat pulau berkenaan baru-baru ini berkata, Kementerian Pelajaran menyediakan kuarters untuk guru dan kakitangan, air, talian telefon, bekalan elektrik menggunakan solar hybrid dan kemudahan Internet untuk kegunaan mereka.

Beliau berkata, terdapat lapan guru dan lima kakitangan yang berkhidmat di SKPA. Guru dan kakitangan berkenaan terpaksa menaiki bot sejauh 72 kilometer dari jeti Mersing yang memakan masa perjalanan lima jam ke Pulau Aur.

Dalam setahun hanya terdapat lapan bulan cuaca baik untuk perjalanan laut dan selebihnya musim tengkujuh dan musim angin yang menyaksikan laut bergelora.

Sempena lawatan itu, Markom bersama pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Mersing turut melawat Pulau Pemanggil dan Pulau Sibu.

Markom berkata, Kementerian Pelajaran telah memperluaskan pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) bagi pegawai perkhidmatan pendidikan dan anggota kumpulan sokongan yang berkhidmat di sekolah pedalaman antaranya guru di SK Pulau Aur, Pulau Pemanggildan SK Orang Asli Kampung Peta di Mersing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.