saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 06/05/2010

Sri Mulyani dilantik Pengarah Urusan Bank Dunia

JAKARTA 5 Mei – Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati meletakkan jawatan hari ini untuk menerima pelantikan sebagai pengarah urusan Bank Dunia. Menteri itu mengesahkan peletakan jawatannya daripada Kabinet Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dalam perkembangan yang dilihat sebagai tamparan kepada proses pembaharuan ekonomi di Indonesia.

“Berita itu benar. Buat masa ini, saya meneruskan tugas saya di Kementerian Kewangan dalam minggu peralihan ini,” katanya.

Indeks pasaran saham Indonesia jatuh 3.2 peratus dalam sesi dagangan pertengahan pagi selepas Sri Mulyani, 47, mengesahkan peletakan jawatannya.

Bank Dunia dalam kenyataannya berkata, pakar ekonomi dan bekas anggota lembaga pengarah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) itu telah mengemudi Indonesia mengharungi kemelesetan ekonomi global dan ‘dihormati oleh rakan-rakan sejawatannya di seluruh dunia’.

“Saya berasa gembira untuk mengumumkan pelantikan Sri Mulyani Indrawati. Beliau seorang Menteri Kewangan cemerlang yang memiliki pengetahuan mendalam mengenai isu-isu pembangunan serta peranan Kumpulan Bank Dunia,” kata Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick.

Katanya, sebagai anggota pengurusan kanan Bank Dunia, Sri Mulyani akan memainkan peranan penting membantu menerajui bank itu dalam langkah untuk mengukuhkan sokongan terhadap pelanggan, melaksanakan program pembaharuan dan menyahut cabaran masa depan.

“Saya menganggap peluang untuk menyumbang kepada misi penting bank ini dalam mengubah dunia sebagai satu penghormatan besar bagi diri saya dan juga negara saya,” kata Sri Mulyani dalam kenyataan akhbar Bank Dunia.

Pelantikan beliau ke Bank Dunia dibuat sehari selepas beliau disoal buat kali kedua oleh penyiasat antirasuah berhubung pakej AS$700 juta (RM2.24 bilion) bagi menyelamatkan Bank Century pada 2008.

Susilo mengucapkan tahniah kepada Sri Mulyani atas pelantikannya itu, menandakan beliau bersedia untuk melepaskannya, tetapi pelabur akan memerhatikan siapa yang bakal dilantik sebagai pengganti bagi membayangkan arah tuju program pembaharuan. – AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.