saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 06/05/2010

Gordon Brown gagal pikat pengundi

LONDON 5 Mei - Perdana Menteri Britain, Gordon Brown gagal memikat pengundi dalam kempen pilihan raya umum Britain, malah mendatangkan kemarahan kepada seorang pengundi dan akibatnya, beliau mungkin akan diundi keluar daripada Downing Street.

Dalam pertandingan yang menyaksikan perdebatan prapilihan raya antara pemimpin-pemimpin yang disiarkan di televisyen buat pertama kali, Brown yang berimej kaku dan jarang tersenyum dilihat gagal menyaingi pesaing mudanya yang berkarisma, David Cameron dan Nick Clegg.

Namun, segelintir pihak meramalkan personalitinya yang panas baran itu mungkin akan terserlah secara dramatik sebagaimana yang telah dilakukan oleh beliau semasa menggelar seorang balu tua sebagai 'wanita perkauman' selepas dia menemui Brown berhubung isu imigresen.

Gillian Duffy, 66, seorang penyokong setia Parti Buruh pimpinan Brown berkata, dia tidak peduli jika Brown menang atau tidak pilihan raya itu selepas apa yang dilakukan terhadap dirinya.

Satu tinjauan pendapat menunjukkan Parti Buruh jatuh di tempat ketiga daripada tempat kedua semasa kempen itu berlangsung dengan rata-rata pengundi menyatakan pendapat yang sama.

Brown, 59, mengaku beliau kadang kala 'tidak sabar' namun menafikan bahawa beliau telah membuli kakitangan Downing Street, yang mana satu dakwaan telah dibuat di dalam sebuah buku oleh seorang pengkritik politik terkenal pada awal tahun ini.

Meskipun beliau disingkirkan, namun 'isu bigotgate' itu mungkin menjadi kunci kepada titik perubahan dan Brown mungkin menjadi antara perdana menteri yang berkhidmat paling singkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tony Blair pada tahun 2007 selepas beberapa tahun menanti.

Brown dilahirkan pada tahun 1951 dan merupakan anak lelaki seorang paderi gereja Scotland dan membesar di Kirkcaldy, sebuah bandar kilang di utara Edinburgh yang kini adalah kawasan pilihan raya parlimennya. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.