saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 06/05/2010

Waran tangkap ke atas Zainal digantung

KUALA LUMPUR 5 Mei Penyanyi, Zainal Abidin hari ini dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini kerana gagal hadir kes tuntutan tunggakan nafkah anak berjumlah RM18,900 yang dikemukakan oleh bekas isterinya, Natasya Gabriel Abdullah (gambar).

Bagaimanapun hampir 10 minit selepas waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohd. Shukor Sabudin, peguam syarie Abdul Halim Bahari tiba di mahkamah bagi mewakili penyanyi berkenaan.

Abdul Halim dan peguam syarie, Norhusniah Husin yang mewakili Natasya Gabriel selaku pemohon kemudiannya dilihat menemui hakim syarie tersebut di kamar beliau.

Ketika ditemui oleh pemberita di luar mahkamah, Abdul Halim memberitahu, perintah waran tangkap tersebut digantung sementara dokumen-dokumen berkaitan permohonan itu difailkan oleh anak guamnya.

Beliau menyatakan, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan dengan peguam pemohon bagi menyelesaikan kes tersebut secara sulh (secara baik).

Sementara itu, Norhusniah ketika dihubungi petang ini memberitahu, waran tangkap itu digantung bagi membolehkan Zainal melunaskan tunggakan itu atau mengemukakan cadangan pembayaran dalam tempoh 14 hari.

Terdahulu, Norhusniah memberitahu pemberita, perintah waran tangkap itu dikeluarkan setelah Zainal atau nama penuhnya, Zainal Abidin Mohamed mahupun peguam syarie mewakilinya tidak hadir pada sebutan kes itu di kamar hakim.

Menurutnya, mereka sepatutnya hadir pada hari ini kerana dokumen permohonan itu telah diserahkan sendiri kepada Zainal pada 26 April lalu setelah ia difailkan enam hari sebelum itu.

Berikutan itu, katanya, mahkamah menetapkan 23 Jun ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Dalam permohonan itu, Natasya Gabriel mendakwa, Zainal gagal membayar nafkah dua anak mereka selama 29 bulan setakat bulan lepas yang berjumlah RM16,800 serta perbelanjaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sebanyak RM2,100.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.