saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 06/05/2010

Gempa dekat Bengkulu: Pelajar Malaysia di Padang selamat

06/05/2010 12:04pm

JAKARTA 6 Mei - Semua 60 pelajar Malaysia yang menuntut di Padang selamat dalam kejadian gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Richter yang melanda luar perairan Sumatera, Indonesia, dekat Bengkulu, malam tadi.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Indonesia Kedutaan Besar Malaysia di

Indonesia, Datuk Paduka Dr. Junaidy Abu Bakar berkata, beliau telah menghubungi pemimpin pelajar terbabit dan dimaklumkan mereka berada dalam keadaan selamat.

"Ketika kejadian kebanyakan pelajar sedang tidur dan ada yang tidak menyedari langsung kejadian itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan gempa berlaku pada pukul 11.29 malam waktu tempatan dengan pusat gempa terletak kira-kira 137 kilometer ke tenggara Bengkulu iaitu berhampiran dengan kawasan yang musnah akibat bencana tsunami 2004, pada kedalaman 18 kilometer. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.