saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/05/2010

SPRM tawar 40 jawatan

KUALA LUMPUR 5 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan sebanyak 40 jawatan kosong sebagai pegawai siasatan dan penolong pegawai siasatan kepada pemohon yang mahir dalam bahasa Mandarin.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan berkata, pengambilan bagi jawatan kontrak selama tiga tahun itu diperlukan bagi mengisi kekosongan di seluruh negara.

Sehubungan itu katanya, satu temu duga terbuka akan diadakan pada Ahad ini di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur di Jalan Maharajalela, bermula pada pukul 10 pagi hingga 2 petang.

"Pengambilan pegawai penyiasat yang mahir dalam bahasa Mandarin itu merupakan salah satu usaha SPRM untuk memudahkan urusan siasatan dijalankan.

"Langkah itu dapat menambah kakitangan berketurunan Cina yang dapat membantu menyelesaikan lebih banyak kes selepas ini," katanya selepas merasmikan majlis Penerangan SPRM bersama Masyarakat Cina di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sutinah memberitahu, pemohon yang dipilih bekerja akan diserap sebagai kakitangan tetap sekiranya dapat berkhidmat dengan cemerlang.

Jelasnya, pemohon yang mempunyai kelayakan dalam bidang perundangan, komunikasi, akauntan dan grafik akan diberi keutamaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.