saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 06/05/2010

Tiga maut protes ganas di Greece




ATHENS 5 Mei - Tiga orang terbunuh apabila sebuah bank terbakar hari ini ketika berpuluh-puluh ribu rakyat Greece mengadakan tunjuk perasaan bagi menghalang pemotongan perbelanjaan untuk menyelamatkan negara ini daripada muflis.

Penunjuk perasaan melemparkan batu dan molotov koktel terhadap polis yang bertindak balas dengan melepaskan gas pemedih mata.

Pasukan bomba berkata, mayat mangsa ditemui di cawangan Bank Marfin yang terbakar dan terletak di laluan penunjuk perasaan di pusat bandar.

Dianggarkan seramai 100,000 orang menyertai tunjuk perasaan itu ketika bantahan kebangsaan untuk menghalang pelaksanaan amalan hidup bersederhana sebagai syarat jaminan pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan beberapa kerajaan Eropah untuk terus memberikan hutang yang besar kepada Greece.

Sekurang-kurangnya dua bangunan terbakar, sementara beratus-ratus orang terlibat dengan pertempuran ketika yang lain berhimpun secara aman.

Penunjuk perasaan yang berteriak 'pencuri, pencuri' cuba untuk merempuh kawalan polis yang mengawal Parlimen dan mengusir pengawal istiadat yang bertugas di tugu Tomb of the Unknown Soldier di depan bangunan itu.

Reaksi dari Kesatuan Eropah kini senyap dengan kedudukan kewangan yang tidak menentu Greece, walaupun negara ini telah dilanda dengan beberapa siri tunjuk perasaan.

Perdana Menteri George Papandreou Ahad lalu mengumumkan pemotongan gaji dan pencen kepada kakitangan awam dan kenaikan beberapa cukai pengguna sebagai syarat pinjaman. - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.