saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 06/05/2010

Iktibar krisis hutang Eropah


SEKUMPULAN guru turut menyertai demonstrasi rakyat membantah kerajaan Greece menerima bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa dan Kesatuan Eropah di tengah Athen, baru-baru ini.


PADA tahun 2007 sehingga 2009, seluruh dunia dikejutkan dengan krisis hutang global. Bermula dari negara kuasa ekonomi dunia, Amerika Syarikat (AS) sehinggalah krisis itu merebak ke seluruh dunia. Walaupun pada awalnya, ada yang meramalkan tahun 2010 merupakan tahun pemulihan krisis ekonomi dunia, namun krisis hutang terbaru yang melanda Eropah menggusarkan masyarakat dunia mengenai prospek pemulihan dan pertumbuhan ekonomi dunia.

Masakan tidak, kerajaan Eropah pada Ahad lalu telah meluluskan dana sebanyak 110 bilion euro atau RM466.4 bilion untuk menyelamatkan Greek. Ini termasuklah bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak 30 bilion euro (RM127 bilion). Jumlah dana yang luar biasa ini terpaksa dikeluarkan bagi membolehkan krisis itu tidak merebak ke negara-negara Eropah lain dan seterusnya ke seluruh dunia.

Namun begitu, tidak dinafikan timbul kebimbangan sama ada krisis ini akan merebak secara global dan seterusnya memanjangkan lagi tempoh masa pemulihan ekonomi dunia. Lebih-lebih lagi, agensi penilaian antarabangsa, Standard and Poor’s (S&P) telah menurunkan penilaian (rating) hutang kerajaan bagi dua buah negara Eropah yang lain, iaitu Portugal dan Sepanyol.

Apa yang menarik, Greek telah berjaya memperoleh kelulusan bantuan tersebut setelah memberi jaminan kepada Kesatuan Eropah (EU) dan IMF bahawa ia akan mengurangkan bajet dan mengetatkan dasar fizikalnya dengan cara menaikkan cukai. Kalau kita lihat secara teliti, kedua-dua jaminan itu seolah-olah merupakan syarat untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada EU dan IMF yang mana implikasinya pasti besar sama sekali kepada rakyat Greek.

Sukar dijangkakan sama ada Greek mampu keluar dari belenggu krisis kewangannya setelah mematuhi kedua-dua syarat yang diberikan oleh EU dan IMF. Alasannya cukup mudah. Pertama, dalam konteks seluruh dunia masih berusaha memulihkan ekonomi negara masing-masing dengan mengumumkan pelbagai pakej rangsangan sebelum ini, Greek pula terpaksa memotong bajetnya dan menaikkan cukai. Langkah ini menyebabkan kerajaan Greek terpaksa mengurus kewangan mereka secara lebih ketat lagi dan memotong perbelanjaan yang selama ini tidak pernah berlaku sama sekali. Tempiasnya pasti kena pada rakyatnya terutama apabila syarat kedua IMF berkaitan dengan kenaikan cukai. Bermakna, mereka tidak mampu untuk merangsang ekonomi mereka dengan strategi perbelanjaan. Tidak mustahil jika tersilap langkah, ekonomi Greek akan bertambah parah.

Merenung kembali krisis hutang Greek, Malaysia mempunyai pengalaman hampir sama ketika krisis kewangan Asia 1997/98 melanda negara. Namun, satu perbezaan utama adalah Malaysia telah mengambil tindakan yang unik dengan menolak tawaran bantuan dana daripada IMF semasa mengharungi krisis kewangan Asia itu. Meskipun pada awalnya, tindakan ini telah dikritik, namun terbukti ia amat tepat sama sekali apabila kos bersih untuk pulih daripada krisis tersebut hanyalah sekadar 2.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Peratusan itu merupakan yang terendah di dunia berbanding dengan negara-negara lain yang menerima bantuan dana IMF. Tidak mustahil jika Malaysia bersetuju menerima dana IMF, kosnya akan meningkat melebihi negara-negara lain dan kesannya sudah tentu dirasai oleh rakyat Malaysia.

Berbekalkan dasar campur tangan awal kerajaan melalui tindakan-tindakan berkesan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), kos terendah ini telah meningkatkan keyakinan pelabur dan rakyat Malaysia ke atas sistem kewangan negara. Selain itu, bebanan hutang luar negara juga dapat diminimumkan.

Ini dibuktikan lagi apabila angka-angka terbaru setakat 31 Disember 2009 menunjukkan keseluruhan hutang Kerajaan Pusat adalah RM362.4 bilion atau hanya 53.7 peratus daripada KDNK. Paling memberangsangkan, hutang luar negara hanyalah sekadar 3.8 peratus atau RM13.9 bilion. Bebanan hutang luar negara yang rendah di samping perolehan kerajaan yang tinggi akan mengurangkan risiko negara terjebak dengan krisis hutang seperti mana yang melanda AS dan Eropah.

Satu perkara penting yang perlu diambil iktibar oleh kerajaan adalah krisis hutang yang melanda AS dan Eropah menggambarkan selama ini mereka mengamalkan polisi kewangan yang tidak berhemah.

Ia bermula dengan krisis subprima yang menyebabkan banyak syarikat-syarikat besar negara tersebut diselamatkan, sehinggalah pendedahan penipuan bank-bank pelaburan mereka sekali gus memberi petanda betapa goyahnya polisi kewangan yang dilaksanakan.

Bahkan dijangkakan AS akan terus meminjam dengan jumlah yang cukup besar sehingga RM3.2 trilion pada tahun ini bagi merangsang ekonominya. Ia satu pendekatan yang sudah tentu menimbulkan kebimbangan kepada ekonomi dunia, sedangkan sebelum ini diwar-warkan bahawa AS dan Eropah menjadi tempat rujukan utama bagi negara-negara lain mempelajari cara-cara mengurus kewangan negara.

Namun, krisis demi krisis dan satu demi satu penipuan kewangan melibatkan bank-bank pelaburan mereka telah membuka mata masyarakat dunia tentang kelemahan besar mereka yang sewajarnya diambil iktibar oleh kita.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan

dan Kewangan Kolej Perniagaan (COB)

Universiti Utara Malaysia

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.