saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 06/05/2010

Pendidikan lalu lintas Shell


Pelajar dari SMK Sanzac menggunakan basikal menyertai Program Pendidikan Lalu Lintas Shell 2010 di Kota Kinabalu, baru-baru ini.
- UTUSAN/Junaidi Ladjana.


KOTA KINABALU 5 Mei - Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), sebanyak 30 peratus kemalangan maut pada 2007 disumbangkan oleh golongan muda berumur 15 hingga 25 tahun.

Senario ini amat membimbangkan memandangkan golongan muda merupakan modal insan yang penting untuk pembangunan dan kemajuan negara.

Sehubungan itu, Shell Malaysia (Sabah) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menganjurkan program pendidikan lalu lintas Shell di sini baru-baru ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Pang Yuk Ming.

Sebanyak 36 buah sekolah masing-masing 19 sekolah rendah dan 17 sekolah menengah melibatkan seramai 361 murid dan 323 pelajar mengikuti program tersebut.

Apa yang istimewa, kempen tahun ini turut diselitkan pameran keselamatan di jalan raya oleh beberapa agensi kerajaan seperti JKJR dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Program tiga hari itu bertujuan memberi pendidikan dan kesedaran mengenai budaya keselamatan jalan raya di kalangan pelajar dan murid sekolah yang bakal menjadi pengguna jalan raya pada masa hadapan.

Pengurus Besar Shell Sabah, Sharbini Suhaili berkata, program pendidikan lalu lintas peringkat negeri Sabah 2010 akan menjelajahi beberapa daerah lain sebelum berakhir pada September ini.

Katanya, program pendidikan lalu lintas Shell merupakan satu program tanggungjawab sosial utama dalam usaha memupuk generasi baru yang berhemah dan bertanggungjawab di jalan raya.

"Sejak program ini diperkenalkan di negara ini pada 1957 tidak kurang dari satu juta pelajar telah mengambil bahagian dan setiap tahun lebih kurang 30,000 pelajar mendapat manfaat daripada program tersebut," katanya.

Beliau berkata, dalam program berkenaan, sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu pemandu kereta pedal, penunggang basikal dan pejalan kaki.

Menurutnya, program kali ini tidak banyak berbeza dan masih menggunakan peraturan sedia ada dan akan dikawal oleh polis trafik.

Antara ciri-ciri yang akan dinilai adalah panduan membawa kereta, berjalan kaki, cara-cara melintas, berhenti, dan undang-undang ketika berada di jalan raya," katanya.

Menurut Sharbini, setiap sekolah akan diwakili oleh 17 peserta terdiri daripada para pelajar dan dua pengurus pasukan bagi setiap pasukan.

"Setiap pasukan akan diberi masa selama 20 minit untuk memandu kereta pedal, membawa basikal dan berjalan kaki dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Mereka ini akan dikawal oleh anggota polis trafik dan setiap kesalahan akan di kenakan saman oleh anggota polis.

"Dengan cara ini akan memupuk budaya patuh kepada peraturan jalan raya kerana mereka akan mengetahui setiap kesalahan yang dilakukan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, Shell amat berbangga program itu masih mendapat sambutan menggalakkan daripada sekolah di Sabah.

Sebagai contoh, katanya, sebanyak 290 buah sekolah di seluruh Sabah sudah mengesahkan penyertaan tahun ini.

"Ia membabitkan kira-kira 5,000 pelajar dan 1,800 guru-guru dan pegawai-pegawai yang mewakili 10 daerah seluruh Sabah.

"Sehubungan itu, saya berharap peserta akan mengingati tunjuk ajar yang telah diberikan dan harus mempraktikkan apa yang telah dipelajari apabila dewasa kelak," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.