saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 07/05/2010

Rakyat Britain buat pilihan


Perdana Menteri Britain Gordon Brown bersama isterinya, Sarah tiba di pusat pengundian di Utara Queensferry, Scotland, semalam. - AFP


LONDON 6 Mei - Britain hari ini mengundi pada pilihan raya umum paling sengit dalam tempoh beberapa dekad dengan banyak pihak berpendapat, parti pembangkang Konservatif bakal memenangi banyak kerusi tetapi tidak cukup untuk membentuk kerajaan.

Tiga pemimpin parti utama yang bersaing pada pilihan raya kali ini berkempen sehingga saat terakhir untuk menarik sokongan daripada 45 juta pengundi, sebelum lebih 40,000 pusat pengundian dibuka pada pukul 7 pagi untuk menentukan nasib mereka.

Pendapat yang dibuat menjelang pilihan raya itu menyatakan pemimpin Konservatif, David Cameron mendahului Perdana Menteri Gordon Brown daripada Parti Buruh dan Parti Demokrat Liberal yang diketuai Nick Clegg.

Namun, mereka berpendapat Konservatif tidak mampu memenangi kerusi yang mencukupi dalam sistem 'pertama menduduki jawatan' berhak mendapat majoriti penuh di Dewan Umum.

Ini akan menyebabkan Parlimen tergantung iaitu tidak ada parti mendapat kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan secara bersendirian yang merupakan kali pertama berlaku sejak 1974 dan mampu mencetuskan perebutan kuasa di negara ini.

Pengundian dijadual berakhir pada pukul 10 malam ini dengan keputusan awal dijangka diketahui dua jam kemudian.

Semasa berkempen pada saat akhir, Cameron memberitahu penyokongnya yang bersorak bahawa mereka mempunyai peluang untuk mengenepikan Parti Buruh, yang sudah berkuasa selama 13 tahun.

"Undilah untuk memberi negara ini harapan, sikap optimis dan perubahan yang kita perlukan. Kita boleh bersama-sama membangunkan sebuah negara yang lebih baik dan kukuh," katanya.

Brown pula menamatkan kempen di tempal asalnya, Scotland dan melakukan usaha terakhir merayu pengundi supaya mengekalkan kuasa Parti Buruh untuk melindungi negara yang masih belum pulih daripada kemelesetan ekonomi yang teruk.

"Dalam keadaan sekarang yang berisiko kepada ekonomi kita, dalam keadaan kita membuat keputusan untuk negara, saya minta anda memilih Parti Buruh sekali lagi," rayunya kepada orang ramai di Dumfries.

Clegg yang membuat kejutan memberi saingan hebat pada pilihan raya kali ini pula menggesa pengundi supaya menyokongnya bagi merampas 'peluang pada generasi ini untuk membuat perubahan'.

"Jika anda memberikan parti ini peluang, jika anda memberi kepercayaan kepada kami dengan undi anda, saya berjanji saya akan melakukan semuanya yang saya mampu untuk menjadikan semua perkara lebih baik, memberikan Britain terbaik yang anda mahukan," katanya.

Tinjauan akhir yang dijalankan ICM untuk akhbar Guardian menjangkakan sokongan terhadap Konservatif meningkat sedikit kepada kira-kira 36 peratus, enam peratus lebih banyak daripada Parti Buruh yang mendapat 28 peratus, manakala Demokrat Liberal menurun kepada 26 peratus. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.