saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/05/2010

Lindsay Lohan jadi pelakon filem lucah


LINDSAY Lohan (kanan) akan membawakan watak sebagai pelakon filem lucah terkenal, Linda Lovelace (kiri) dalam filem Inferno.


SEBELUM ini, pelakon dan penyanyi kontroversi, Lindsay Lohan pernah mengatakan dia sudah bosan membawakan watak remaja yang begitu klise.

Rasional Lohan adalah untuk mempelbagaikan wataknya dan tidak mahu terikat dengan satu-satu watak sahaja.

Sementelah, usianya juga semakin meningkat dan matang, bagi Lohan sudah tiba masanya untuk dia lari daripada imej remaja yang menjadi idola kanak-kanak sebelum ini.

Lohan mahukan watak-watak yang mampu mencabar dirinya sebagai seorang aktres dan membuktikan kemampuannya kepada masyarakat bahawa dia mampu menjadi pelakon yang versatil.

Nampaknya impian Lohan itu menjadi kenyataan apabila dia bakal membintangi sebuah filem berjudul Inferno.

Watak yang bakal dibawakan Lohan dalam filem arahan Matthew Wilder itu bukan calang-calang kerana dia akan menjadi Linda Lovelace iaitu seorang pelakon filem lucah terkenal.

Antara filem yang pernah dibintangi Lovelace adalah Deep Throat yang membawanya ke puncak kemasyhuran.

Selain Lohan, aktor Bill Pullman juga akan membintangi filem Inferno dengan membawakan watak sebagai pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner.

Dalam satu temuramah dengan The Los Angeles Times, penerbit filem tersebut, Wali Razaqi memberitahu pihaknya memang mahukan Lohan membawakan watak tersebut.

Malah, Razaqi dan Wilder sendiri berurusan dengan Lohan selama setahun untuk menyakinkan aktres itu terlibat dalam filem yang bakal mencetuskan kontroversi itu.

Tambahnya lagi, pihaknya juga bukan sengaja mahu memperdagangkan tubuh Lohan untuk beberapa adegan seks dalam filem ini tetapi mereka mahu menonjolkan kehidupan yang penuh lara dijalani oleh Lovelace.

“Filem ini bukan semata-mata tentang seks tetapi ia adalah lebih daripada itu apabila ia akan memaparkan kehidupan Lovelace yang seringkali menjadi mangsa pukul dan penderaan.

“Ia bakal sarat dengan emosi yang mampu meninggalkan kesan mendalam kepada audiens apabila ditayangkan kelak,” ujarnya yang akan membuat pengumuman rasmi tentang Inferno pada Festival Filem Cannes yang akan berlangsung hujung bulan ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.