saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 08/05/2010

Tradisi hargai kecemerlangan


Sebahagian daripada pelajar cemerlang bersama sijil pada Majlis Graduasi 2010 Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, di Kota Bharu, baru-baru ini. UTUSAN/Rosni Masri


KOTA BHARU 7 Mei - Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) yang berada pada kedudukan tersendiri dengan tradisi kecemerlangannya, mengadakan Majlis Graduasi 2010 kelmarin.

Ia merupakan majlis yang cukup bermakna sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajarnya setelah mereka menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman sepanjang lima tahun yang turut memperkayakan sahsiah mereka.

Ia juga detik bersejarah bagi bekas pelajar sekolah berasrama penuh ternama itu yang melangkah keluar dengan bekalan untuk melanjutkan pelajaran sebagai persediaan berada dalam kehidupan yang mencabar.

Majlis Graduasi itu diserikan dengan keberangkatan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang nama baginda diabadi sebagai pengenalan bagi sekolah yang diasaskan pada tahun 1973 dengan nama asal Sekolah Menengah Sains Kelantan.

Baginda menyampaikan sijil dan anugerah utama kepada beberapa pelajar cemerlang peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 termasuk Nur Syuhadah Muhammad yang mendapat A+ bagi kesemua mata pelajaran dan juga Abdul Syakir Fakhri Adnan serta Hairul Azman Hanafi.

Ketiga-tiga pelajar berkenaan yang menerima Sijil Graduasi Terbilang juga merupakan tiga daripada tujuh pelajar terbaik peringkat negeri manakala Nur Syuhadah berjaya menduduki tempat ketujuh terbaik peringkat kebangsaan.

Pengetua SMSTMFP, Kamaruddin Jaafar ketika berucap pada majlis itu berterima kasih kepada pihak alumni dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atas sokongan dan sumbangan kewangan kepada pelajar yang meraih pencapaian cemerlang 10A+ melalui anugerah khas PIBG dan Anugerah Khas Alumni.

''Sesungguhnya segala sumbangan bakti yang dicurahkan amat bermakna kepada sekolah dalam usaha mengekal dan meningkatkan kecemerlangan agar akhirnya meletakkan SMSTMFP berada pada standard global," ujar beliau.

Katanya, pelbagai kecemerlangan telah dilakar sepanjang usia sekolah yang disenaraikan dalam kumpulan perintis sekolah kluster itu sama ada ada dalam bidang akademik, kokurikulum, mahupun sahsiah.

''Ia sesuai dengan hasrat dan misi sekolah berasrama penuh yang ingin melahirkan pemimpin masa depan yang turut bertaraf dunia.

''Dengan pencapaian ini, saya yakin sekolah ini mampu mengorak langkah lebih jauh ke hadapan demi menjulang kegemilangan masa depan," ujarnya.

Beliau percaya, tradisi mempunyai kesinambungan apabila dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seramai 117 pelajar berjaya mencapai semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

''Sekolah yang telah menjadi pusat kecemerlangan ini menyaksikan 82.76 peratus pelajarnya memperoleh 'semua A' bagi peperiksaan PMR 2009," ujar beliau.

Pada majlis tersebut, seramai 24 pelajar yang mendapat A bagi semua mata pelajaran dalam SPM menerima Sijil Anugerah Khas PIBG dan Anugerah Khas Alumni serta Sijil Graduasi Gemilang.

Mereka termasuklah Abdul Majid Muhammad, Mohd. Fikri Hisham Osman, Ahmad Afiq Aziz, Nurul Kamilah Mat Kamil, Wan Amirah Baqis Wan Abdul Aziz, Nor Adilah Nazihah Wahab, Baihaqi Mohamad, Nik Mohamad Lukman Mat Zin, Mohamad Shafiq Ibrahim, Zarir Azim Zulkifli dan Mohamad Amerudin Mat Piah.

Juga Muhamed Afiq Zakaria, Mohamad Rafiq Mohd. Razuki, Muhamad Shafiq Che Muda, Mohd Hisham Mamat, Mohamad Amin Ramli, Mohd Aiman Mohamed Yusoh, Nurul Jannah Mohd Amin, Noraini Mohamad Nor, Nurusyuhada Nor Rosdi, Nabilah Abdul Halim, Nor Adilah Mohd. Nasir, Muhammad Omar Malik dan Muhamad Aziza Zulkifeli.

Seramai 88 pelajar menerima Sijil Graduasi Cemerlang termasuk Nik Amirul Hakim Nik Azhar, Izzat Mohamad Salihuddin, Nur Nafis Muhammad Naim, Nur Habibah Ab. Dorah, Nurmujahidah Ismail, Nadia Atika Ahmad Bahri dan Siti Rabiatul Adawiyah Md. Rahim.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.