saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 09/05/2010

Debu gunung berapi tutup ruang udara Eropah

09/05/2010 2:56am

BRUSSELS 8 Mei - Pengawal udara hari ini memberi amaran bahawa laluan udara di Eropah mengalami gangguan lagi dengan kebanyakan penerbangan sama ada dibatalkan atau ditunda apabila letusan gunung berapi Iceland kembali menghamburkan debu sehingga ke Barcelona di timur Sepanyol atau ke Marseille di Perancis.

“Kawasan yang teruk terjejak oleh hamburan debu gunung berapi di selatan Iceland sepanjang hari ini itu telah merebak sehingga ke Portugal dan timur Barcelona serta Marseille,” kata pengawas lalu lintas udara Eropah dalam satu kenyataan.

Sebanyak 17 buah lapangan terbang di Sepanyol termasuk lapangan terbang Santiago, Vigo dan Bilbao yang ditutup sehingga lewat petang ini antara yang teruk terjejas di samping lapangan terbang antarabangsa Madrid dan Barcelona di Sepanyol.

Manakala 125 pesawat pula dibatalkan penerbangan keluar dan masuk ke Portugal sehingga tengahari dengan kebanyakan penerbangan dari dan ke Britian, Ireland serta tengah serta selatan Eropah turut dibatalkan. - Agensi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.