saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 10/05/2010

Perarakan julung kalinya empat negara NATO di Dataran Merah, Moscow


TENTERA British berkawad di Dataran Merah sempena perarakan Hari Kemenangan di Moscow, semalam. Dua lagi gambar menunjukkan tentera Amerika Syarikat (kiri) dan tentera Poland. - AFP


MOSCOW 9 Mei - Tentera dari empat negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkawad di Dataran Merah buat kali pertama hari ini apabila Rusia memperingati kemenangannya dalam Perang Dunia Kedua dengan perarakan tentera terbesar sejak kejatuhan Kesatuan Soviet.

Dalam detik penuh simbolik, askar dari Britain, Perancis, Poland dan Amerika Syarikat (AS) melangkah ke dataran terkenal itu sementara Rusia dengan bangganya mempamerkan peluru-peluru berpandu nuklear yang suatu masa dahulu mengancam sasaran di Barat.

Kira-kira 10,000 askar Rusia serta perkakasan tentera termasuk peluru berpandu nuklear Topol-M menyertai perarakan yang diatur rapi itu dengan tujuan untuk memaparkan kebangkitan semula Rusia kepada seluruh dunia.

Kira-kira 24 pemimpin dunia menghadiri hari ulang tahun ke-65 kemenangan tentera Moscow itu, termasuk Presiden China Hu Jintao, Canselor Jerman Angela Merkel dan ketua-ketua negara dari hampir semua negara bekas Soviet.

Namun Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy membatalkan lawatannya ke sini bagi menumpukan perhatian terhadap krisis kewangan yang melanda Eropah.

Rancangan kontroversi untuk menampalkan poster diktator zaman perang, Joseph Stalin di seluruh ibu negara ini dibatalkan, dipercayai atas arahan Kremlin dan poster itu kini hanya akan dipamerkan di muzium.

Pihak berkuasa membuat segala persiapan untuk mengadakan sambutan besar-besaran, dengan menggantung sepanduk yang membawa slogan 'Kemenangan - Peristiwa Kebanggaan Kita' di jalan utama dan melekatkan mural besar pada dinding blok pangsapuri.

Sejumlah 127 pesawat tentera melintas di udara semasa perarakan 70 minit itu sementara 159 buah kelengkapan tentera lalu di hadapan pentas tokoh kenamaan yang didirikan di hadapan makam Lenin.

Seramai 100,000 askar Rusia turut mengadakan perarakan serupa di seluruh negara serentak dengan acara di Moscow.

Perang Dunia Kedua dikenali di Rusia sebagai Perang Patriotik Besar dan dianggap bermula pada 1941 apabila serangan tentera Nazi Jerman ke atas Kesatuan Soviet mengheret Moscow ke dalam perang itu, dan bukan pada 1939. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.