saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 10/05/2010

Saya tidak akan minta maaf - Zaid

KOTA BHARU 9 Mei - Datuk Zaid Ibrahim (gambar) hari ini menegaskan, beliau tidak akan memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berikutan tindakannya menganggap kenyataan baginda berhubung larangan berpolitik di masjid sebagai pandangan peribadi.

Penyelaras pakatan pembangkang itu berkata, pendirian itu adalah atas alasan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan yang memerlukannya untuk memohon maaf kepada baginda.

Ditanya jika Istana Selangor memintanya memohon maaf, beliau menjawab: "Dia minta, dia kena fikir dulu wajar atau tidak. Saya bersedia jumpa Tuanku, saya tidak buat silap apa-apa, saya nak minta maaf buat apa? saya hanya beri tafsiran undang-undang.''

Zaid berkata demikian kepada pemberita di sini, bagi mengulas laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pihak ke atas beliau kerana dianggap menghina Sultan Selangor.

Mengulas lanjut, Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendakwa kenyataan yang dibuat dalam blognya sama sekali tidak melanggar adat Melayu yang menganggap semua titah sultan perlu dipatuhi.

Beliau berkata, perkara tersebut hanya melibatkan aspek perundangan yang perlu ditafsirkan dengan tepat supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

"Orang Melayu mana ini, orang Melayu Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) saja. Ini bukan soal adat, mereka buat undang-undang tetapi mereka bukan sultan, pegawai-pegawai yang buat undang-undang.

"Bila buat undang-undang tidak betul bila kita perjelaskan, dia rasa tersinggung lepas itu kata sultan tersinggung. Jadi tidak ada kena-mengena dengan orang Melayu, mereka faham apa yang saya jelaskan.

"Ini bukan soal tahu adat, adat tetap adat tetapi undang-undang kena juga, dua-dua kena ikut," katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak bersetuju dengan penjelasan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kerana ia tidak berasaskan aspek perundangan.

"MAIS menjelaskan pandangan mereka, saya berterima kasih pada penjelasan itu tetapi saya tidak setuju, itu pandangan MAIS, pandangan saya berbeza.

"Perbezaannya begini, undang-undang kena jelas dan baca maksudnya sebab itu diwartakan di Dewan Rakyat atau pun Dewan Undangan Negeri supaya rakyat tahu, kalau perintah sultan nak dijadikan undang-undang, ia mesti melalui proses yang sama," katanya.

Zaid memberitahu, beliau akan menulis surat kepada MAIS bagi menjawab semua persoalan dan salinannya akan turut dihantar kepada pejabat Istana Selangor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.