saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 10/05/2010

Bukti kewujudan zaman Neolitik marin di Semenanjung


ZURIMI Abdullah menjalankan kerja-kerja penyelidikan arkeologi yang ditemui di Guar Kepah, Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.


KEPALA BATAS 9 Mei - Jika dibuat perbandingan fizikal, Kampung Guar Kepah, Pinang Tunggal di sini tidak banyak berbeza dengan suasana di perkampungan lain di negara ini.

Terletak tidak jauh dari pekan Kepala Batas, suasana kampung masih jelas kelihatan dengan rimbunan pokok dan kawasan pertanian serta penempatan berkelompok penduduk yang dipisahkan dengan lorong-lorong kecil.

Bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Guar Kepah merupakan penempatan manusia prasejarah - satu-satunya tapak yang membuktikan kewujudan zaman Neolitik adaptasi marin di Semenanjung Malaysia.

Sekumpulan penyelidik arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjalankan kajian semula ke atas tapak penempatan prasejarah di kawasan tersebut yang ditemui oleh seorang pengkaji Inggeris, G. W Earl pada tahun 1860.

Bagaimanapun, kajian kumpulan itu mendapati dua daripada tiga tapak prasejarah yang ditemui Earl sudah musnah akibat pembinaan infrastruktur termasuk jalan raya selain ditimbus bagi tujuan pertanian.

Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia (PPAM) USM, Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin yang mengetuai kumpulan itu berkata, kajian ke atas tapak penempatan prasejarah itu dijalankan sejak empat bulan lalu.

''Tapi kita bernasib baik apabila menjumpai lapisan sisa-sisa bukit kerang C manakala bukit kerang A dan B yang disebut oleh Earl dalam kajian awalnya sudah musnah sama sekali.

''Penemuan ini amat penting kerana lapisan terawal timbunan cengkerang (di bukit kerang C) membuktikan penempatan manusia prasejarah yang wujud di kawasan ini sekitar 5,000 tahun dahulu," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mokhtar memberitahu, kawasan itu amat penting kerana ia satu-satunya tapak yang mendedahkan kebudayaan Neolitik menggunakan timbunan cengkerang tepi laut bagi tujuan pengkebumian.

''Malah kawasan ini membuktikan kewujudan manusia terawal di Pulau Pinang selain merupakan tapak ekskavasi arkeologi pertama di Malaysia yang dijalankan oleh Earl," jelasnya.

Menurut beliau, ekskavasi yang dijalankan pihaknya selama empat bulan lalu berjaya menemui lapisan terawal kebudayaan iaitu timbunan cengkerang yang berada di atas pasir laut.

Katanya, selain pelbagai jenis kerang, turut ditemui batu pengasah, penumbuk, pecahan tembikar tulang penyu, gigi babi yang dipercayai sisa makanan.

''Sampel pentarikhan penemuan itu yang dihantar ke Beta Analytic, Florida, Amerika Syarikat mengesahkan penempatan itu wujud sekitar 5,000 tahun dahulu," tambahnya.

Sementara itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan negeri membangunkan kawasan tersebut sebagai Galeri Arkeologi Guar Kepah dan dimajukan sebagai salah satu produk pelancongan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.